NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umat Islam Perlu Sokong Produk Muslim





Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 11 September- Umat Islam perlu bersama-sama menjayakan agenda memperkasa ekonomi ummah dengan berusaha bersungguh-sungguh membeli dan menyokong produk Muslim.

Penolong Penyelaras Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Zakiah Alias berkata, Islam tidak menafikan hak serta penglibatan orang bukan Islam dalam berjual beli namun sebagai pengguna, harus bijak membuat pilihan dengan mengutamakan produk yang diyakini status halalnya.

"Sebagai pengguna muslim, kita seharusnya menyokong kempen mengutamakan produk muslim.

"Bukan kita memboikot produk 'Non Muslim' tetapi kita mengutamakan produk-produk muslim terlebih dahulu yang mana secara tidak langsung dapat memastikan usahawan muslim tidak dibelakangkan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, semalam.

Katanya, kempen berkenaan akan dapat dijayakan jika masyarakat ini menyedari bahawa pengguna muslim adalah kuasa besar di Malaysia.

"Jadi perlu bagi kita menunjukkan kita mempunyai kuasa membeli yang sangat besar lebih-lebih lagi orang Melayu kita.

"Paling utama, apabila perniagaan muslim dapat dikembangkan, maka keuntungan akan turut mengalir dan dirasai oleh golongan fakir miskin melalui pengeluaran zakat, dan pastinya secara tidak langsung dapat membasmi kemiskinan di negara kita ini," ujarnya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo