NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Terengganu Bakal Miliki Rumah Patuh Syariah



KUALA TERENGGANU, 25 September- Kerajaan negeri akan memperkenalkan Rumah Mampu Milik (RMM) patuh syariah yang lengkap dengan kemudahan garaj kereta.

Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar, berkata rumah itu masih kekal dengan keluasaan yang sama iaitu 800 kaki persegi, mempunyai tiga bilik dan dua bilik air.

Katanya, penambahbaikannya adalah mengasingkan ruangan tetamu dan keluarga serta tandas dan bilik mandi.

""Usaha itu bagi memberi keselesaan, selain mahu menjaga batas dan aurat.antara penghuni rumah dan tetamu.

"Apa yang dirancang itu bakal dilaksanakan melalui program Dasar Pembangunan Perumahan Secara Bercampur Bersama Swasta yang menyasarkan sekurang-kurangnya 20,000 RMM dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri turut memberitahu tujuan utama dasar perumahan sedia ada yang diguna pakai sejak 2017 disemak kerana dikenalpasti tidak mesra pelabur.

Katanya, pembinaan RMM dengan nilaian RM68,000 seunit sebelum ini adalah tanggungan kerajaan sepenuhnya dan bukannya wujud kerjasama antara pelabur.

"Bagi meringankan beban, kerajaan terpaksa memperkenalkan dasar baharu yang pastinya memberi kelebihan kepada kedua-kedua pihak iaitu antara kerajaan negeri dan swasta.

"Langkah itu pastinya mampu menarik minat lebih ramai pemaju perumahan untuk bersama-sama kerajaan membina RMM untuk rakyat berkelayakan,"katanya,.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/09/rakyat-terengganu-bakal-miliki-rumah.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo