SHAH ALAM, 22 Muharram 1441H, Ahad – Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor yang bermula esok sehingga Jumaat ini, akan tetap dilaksanakan walaupun berlaku jerebu di kawasan berkenaan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, berkata PSRA hanya akan ditangguhkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai bacaan 300.
Sehubungan itu, pelajar yang mengambil PSRA di Klang dan Kuala Langat, perlu menduduki peperiksaan terbabit.
"Pelajar lain telah dimaklumkan tidak perlu hadir ke kelas kecuali calon yang terbabit dengan peperiksaan PSRA," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata 57 buah sekolah di daerah Kuala Langat dan Klang akan ditutup esok.
Arahan penutupan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Johan Setia melebihi 200, setakat pukul 2 petang tadi.- Bernama
Man Wei Chong (kiri) dan Tee Kai Wun ketika menentang beregu Indonesia Leo Rolly Carnado dan Daniel Marthin pada perlawanan separuh akhir ke...
HIJAU.FM...
MALAYSIA KE ARAH PENYAMUN LGBT
Anwar akan membawa Malaysia untuk 'normalisasis' untuk LGBT dan Penyamun Wang Rakyat
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment