NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS hairan kebolehan Kit Siang jadi 'Ahli Nujum Negara'



KUALA TERENGGANU 16 Sept. - PAS hairan dengan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menggambarkan Muafakat Nasional antara parti itu dengan UMNO bakal memburukkan lagi politik toksik kaum dan agama di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, adakah Kit Siang sudah dilantik sebagai 'Ahli Nujum Negara' hingga mempunyai kebolehan luar biasa meneropong masa depan yang tidak diketahui sesiapa.

"Saya berani jamin itu bukan niat muafakat PAS-UMNO atau sekali lagi sudah mula diplotkan naratif buruk dan jahat terhadap muafakat PAS-UMNO.

"Maka, rakyat Malaysia perlu menyokong mahupun mendokong Muafakat Nasional ini tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Jangan terpedaya dengan mainan propaganda jahat dan licik pihak yang mahu menggagalkannya, marilah kita sama-sama impikan Malaysia yang benar-benar baharu untuk sekalian rakyat jelata," katanya dalam hantaran di Facebook di sini hari ini.

Semalam, Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, kerjasama Pas-Umno akan memburukkan lagi politik toksik kaum dan agama ke paras yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Beliau dilaporkan turut membidas komponen Barisan Nasional (BN), iaitu MCA dan MIC, kerana merestui kerjasama itu.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, Muafakat Nasional PAS-UMNO bakal membina semula negara ini dengan cita-cita, semangat, kejujuran, keluhuran dan idealisme yang jitu serta padu sesuai untuk seluruh rakyat.

Beliau menarik perhatian, ramai dalam kalangan rakyat telah memahami konteks permuafakatan itu yang mampu memberi manfaat serta impak yang cukup besar kepada negara khususnya kepada mereka.

"Sebelum ini ramai khuatir dan ragu-ragu, namun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta keadaan sukar dan perit yang dihadapi oleh rakyat sekarang, mereka sudah jelas dengan tujuan serta faedah daripada permuafakatan ini, selain daripada tujuan utamanya untuk menyatu padukan orang Islam dan Melayu dalam negara," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo