NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr M ulang Modi tidak minta ekstradisi Zakir Naik


PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad menegaskan rakan sejawatnya dari India tidak meminta penceramah kontroversi Dr Zakir Naik dihantar pulang, selepas Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri India berkata ia ada dibangkitkan dalam pertemuan awal bulan ini.

Perdana menteri berkata Narendra Modi ada bercakap mengenai Naik, yang dikehendaki atas tuduhan pengubahan wang, dalam pertemuan di Vladivostok, Rusia pada 5 Sept lepas tetapi tidak meminta Malaysia menghantarnya pulang.

“Saya berjumpa dengan Modi, dia menyebut tentang Zakir tetapi dia tidak meminta dia dihantar semula,” katanya Mahathir pada sidang media selepas melancarkan kerangka Dasar Luar Malaysia Baru di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri India S Jaishankar menyangkal dakwaan mengatakan India tidak meminta ekstradisi Naik, mengatakan isu itu ada dibangkitkan dalam pertemuan Mahathir dan Modi, kata laporan akhbar India, The Indian Express.

Jaishankar berkata India juga meminta ekstradisi Naik pada Januari.

Naik, seorang pemastautin tetap, mengundang kemarahan orang ramai susulan kenyataan mendakwa penganut Hindu tempatan lebih setia kepada Modi berbanding Mahathir dan kaum Cina tempatan “tetamu lama”.

Naik memohon maaf terhadap salah faham yang timbul tetapi mempertahankan kenyataannya dipetik luar konteks.

Mahathir dalam wawacara dengan stesen radio BFM semalam sekali lagi berkata Modi tidak meminta Naik dihantar pulang.

Perdana menteri juga berkata tidak banyak negara mahu menerima Naik.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo