PEGUAM Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menangis sebaik Mahkamah Koroner memberikan keputusan punca kematian anggota bomba itu.
Syazlin yang pernah mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu terpaksa ditenangkan suami dan beberapa peguam lain.
Dalam prosiding itu, Koroner Rofiah Mohamad juga dilihat sebak ketika membacakan keputusan inkues kematian Muhammad Adib kira-kira jam 9.30 pagi tadi di Mahkamah Koroner Shah Alam.
Terdahulu, Rofiah membacakan keputusan inkues kematian Muhmaad Adib disebabkan perbuatan jenayah dua atau lebih orang tidak dikenali.
Prosiding inkues yang dikendalikan Pengendali Faten Hadni Khairuddin itu bermula pada 11 Februari lalu dengan seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dipanggil memberi keterangan selain 137 eksibit dikemukakan.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
KUALA LUMPUR: Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Sy...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment