NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yb Dr Siti Mariah - Jika Tidak Mampu Pertahan Dr Zakir Naik, Lebih Baik Berdiam Diri Sahaja

oleh:Ustaz Mohd Ashrul Hisyam Bin Abdul Jalil
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong
Tarikh : 20 Zulhijjah 1440H / 21 Ogos 2019

Saya memerhati dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara PAN terhadap tokoh perbandingan antara agama, Dr. Zakir Naik berkenaan isu larangan beliau berceramah di negara ini

Perit sekali membaca tentangan hebat dari pemimpin tertinggi Parti Pakatan Harapan termasuk dikalangan bukan Islam berkenaan isu ucapan terbaru DZN semasa ceramah beliau yang dikritik hebat di Kelantan baru-baru ini.

Ini termasuk tentangan keras Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, dan beberapa Ahli Parlimen dari DAP berkenaan kewajaran menghantar balik penerima Tokoh Maal Hijrah pada 2012 ini untuk dihadapkan ke mahkamah di negara asal beliau.

Apatah lagi bila cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa, dan dimanipulasi terutamanya melalui portal berita dalam talian berkenaan ucapan kepada jawapan 'Tetamu Lama' yang disalah ertikan dari konteks asal sebenar jawapan yang hendak disampaikan.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama siri tentangan hebat dari pihak yang memusuhi DZN.Malah telah diadakan satu pertemuan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dr. Mujahid Yusof bagi mengulas isu keberadaan beliau di Malaysia era Kerajaan Malaysia Baharu pada Mac tahun ini.

Dr Mujahid dalam pertemuan tersebut telah menyatakan bahawa Kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama orang lain, tetapi kaedah penyampaian dakwah yang lebih intelek dan tenang tanpa merendahkan maruah agama lain. (Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/467764 )

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad pada ucapan terbaharu pernah menyatakan bahawa tindakan menghantar pulang DZN ke negara asalnya tidak dapat dilakukan kerana wujudnya ancaman bunuh terhadap penceramah kontroversi itu. (Rujuk: https://www.astroawani.com/…/kalau-hantar-zakir-naik-pulang… )

Atas asas tentangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, DZN telah memulakan tindakan membuat laporan polis terhadap Ramasamy, Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran; ahli Parlimen Klang Charles Santiago; ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam, Satees Muniandy dan bekas duta, Dennis Ignatius dengan mendakwa mereka membuat kenyataan fitnah terhadap beliau.

Dalam laporan itu, Zakir berkata bahawa kenyataan beliau telah diselewengkan bagi memberi gambaran bahawa beliau memfitnah masyarakat India sehingga ke tahap mempersoalkan kesetiaan mereka. (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/…/ramasamy-saya-sedia-be…/ )

Namun apa yang sangat menyedihkan, satu hantaran tweet dari YB Ahli Dewan Negeri Seri Serdang yang jelas paling dangkal sekali terutamanya ketika mengulas isu pengusiran Dr Zakir Naik untuk dihantar ke Negara Muslim yang lain. Ini menampakkan ketidakmatangan pemimpin tersebut lebih-lebih lagi mewakili Parti yang mengketengahkan konsep 'Rahmatan lil Alamin' tetapi cenderung untuk tunduk dan patuh kepada arus perdana yang digerakkan oleh Parti DAP untuk mengusir keluar DZN dari Malaysia.

Hantaran tweet yang turut dikecam oleh netizen itu secara tidak langsung menggambarkan ketidakcaknaan YB Dr Mariah terhadap seruan para asatizah dan pendakwah yang mendesak supaya DZN tidak dihantar pulang ke negara asalnya.

Adakah telah hilang rasa kasih beliau terhadap Saudara Seagama sedangkan itulah asas kepada pembentukan konsep “Rahmatan lil ‘Alamin”? Adakah sudah tidak ada walau sebesar zarah untuk mempertahankan konsep persaudaraan Islam ini?

Mungkin kita semua sudah lupa pada firman Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran :

ŁˆَŁ„َŁ† ŁŠَŲ¬ْŲ¹َŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„ِŁ„ْŁƒَŲ§ŁِŲ±ِŁŠŁ†َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ Ų³َŲØِŁŠŁ„ًŲ§ (141)

“Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”. (Surah An-Nisa’: 141)

Allah tidak mengizinkan sekali-kali Islam itu di atasi oleh pihak lain dan Rasulullah S.A.W. mewajibkan setiap penganut Islam mempertahankan saudaranya yang dizalimi atau hendak dizalimi dengan sabdanya:

“Ų§Ł„Ł…Ų³Ł„Ł… Ų£Ų®Łˆ Ų§Ł„Ł…Ų³Ł„Ł… Ł„Ų§ ŁŠŲøŁ„Ł…Ł‡ ŁˆŁ„Ų§ ŁŠŲ³Ł„ِŁ…ُŁ‡، ŁˆŁ…Ł† ŁƒŲ§Ł† ŁŁŠ Ų­Ų§Ų¬Ų© Ų£Ų®ŁŠŁ‡ ŁƒŲ§Ł† Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁŁŠ Ų­Ų§Ų¬ŲŖŁ‡، ŁˆŁ…Ł† ŁŲ±Ų¬ Ų¹Ł† Ł…Ų³Ł„Ł… ŁƒŲ±ŲØŲ© Ł…Ł† ŁƒŲ±ŲØ Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§ ŁŲ±Ų¬ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ ŁƒŲ±ŲØŲ© Ł…Ł† ŁƒŲ±ŲØ ŁŠŁˆŁ… Ų§Ł„Ł‚ŁŠŲ§Ł…Ų©، ŁˆŁ…Ł† Ų³ŲŖŲ± Ų¹Ł„Ł‰ Ł…Ų³Ł„Ł… Ų³ŲŖŲ±Ł‡ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁŁŠ Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§ ŁˆŲ§Ł„Ų¢Ų®Ų±Ų©”. (Ł‡Ų°Ų§ Ų§Ł„Ų­ŲÆŁŠŲ« Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų§Ł„ŲØŲ®Ų§Ų±ŁŠ ŁˆŁ…Ų³Ł„Ł…)

“Seseorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada si zalim) dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah menunaikan hajatnya, sesiapa yang melepaskan seseorang Muslim daripada satu kesusahannya, nescaya Allah melepaskannya daripada satu kesusahan daripada banyak kesusahan pada hari Akhirat, dan barang siapa yang menutup keaiban seseorang Muslim nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan Akhirat”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pengakhiran perjalanan dakwah tokoh perbandingan antara agama tersebut adalah lebih aula berbanding membahaskan isu uruf dan waqi' kerana syarahan beliau tidak lebih berkisar menghuraikan penggunaan ayat Al Quran dan perbandingan kepada kitab-kitab yang lain.

Tenyata lebih ramai masyarakat bukan Islam seluruh dunia yang telah memeluk agama Islam atas pendekatan dakwah yang disampaikan dan sekiranya kita kalah kepada tundukan golongan penentang ini, dikhuatiri akan datang lebih banyak lagi sisi baik Umat Islam dinegara ini akan diganggu dan dinafikan oleh golongan ini sehingga tiada lagi nilai kuasa orang Melayu dan Islam yang tinggal pada masa akan datang.

Oleh itu, kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong, mewakili sebahagian besar Masyarakat dan pengundi DUN Seri Serdang dan Parlimen Puchong menegaskan bahawa walau apa perbezaan atau kuatnya tentangan yang ada, sebagaimana mereka kaum minoriti dapat bersatu, eloklah jika kita membela beliau atas sifat beliau sebagai mangsa penentangan dahsyat dari negara beliau sendiri dan mendapat sambutan tentangan dari kalangan rakyat negara kita yang sepatutnya mengakui asas pemerintahan negara ini menjunjung tinggi Agama Islam sebagai Agama Persekutuan di negara kita ini.

Jika YB Dr. Mariah tidak mampu mempertahankan Saudara Se-Islam kita seperti Dr Zakir Naik ini, tidak kira melalui Penulisan mahupun lisan, adalah lebih Baik YB diam sahaja, sebagaimana diamnya YB bila mana Nabi Muhammad SAW dihina beberapa bulan yang lalu di media sosial.

Demi Islam
Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

*Ustaz Mohd Ashrul Hisyam Bin Abdul Jalil ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo