NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak Ansur Dalam Perbezaan


oleh: Dr Khairuddin Takiri

Sememangnya perbezaan (differences) harus dianggap sebagai aset dan bukannya liabiliti justeru menuntut semua pihak untuk berkorban dan berkompromi.

Namun, harus juga difahami bahawa bukan semua perkara dari akar ke pucuk boleh diberikan tolak ansur lebih-lebih lagi dalam negara bermasyarakat majmuk yang dibentuk dengan sejarah dan Perlembagaannya yang tersendiri ini.

Kepelbagaian kaum di negara ini sudah cukup menjadi toleransi terbesar bangsa Melayu – yang merupakan penduduk asal dan majoriti – terhadap bangsa-bangsa lain yang mesti dihargai.

Berlebih-lebih mahu Melayu “berkorban” lagi dalam perkara ‘groundrules’ melibatkan kepentingan Islam, Raja-raja dan Melayu yang telah dijamin dalam Perlembagaan adalah sangat kurang ajar dan merupakan punca sebenar yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara kaum yang telah dibentuk sejak sekian lama.

Berhati-hatilah DAP dan Dong Zong!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2694336950576318&id=569086473101387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo