NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penularan Gambar Sembelihan Korban : Antara Syiar Dan Toleransi



Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman
12 ZulHijjah 1440H / 13 Ogos 2019

▪️Pendahuluan

Menjadi perbahasan setahun dua ini apabila terdapat suara yang menyanggah penularan gambar sembelihan korban khususnya lembu yang tular di media sosial. Alasan yang diberikan ialah bagi menghormati semsitiviti penganut agama Hindu khususnya kerana pada kepercayaan mereka lembu merupakan haiwan yang suci. Maka perlunya toleransi dalam kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia ini agar tiada mana-mana sensitiviti penganut agama yang dicetuskan dalam keadaan tidak baik.

Malah ada juga hujah bagi pihak yang menyarankan agar tidak berlaku penularan kerana dengan gambaran bermula dari mengikat dan merebahkan haiwan korban sehinggalah sembelihan berlangsung seakan suatu gambaran negatif yang tidak wajar terpalit pada imej islam kerana akan dilihat sebagai imej yang tidak ihsan dan tanpa belas kasihan. Seolah olah ia akan membenarkan imej keganasan sekalipun ke atas haiwan.

▪️Ibadah Sembelihan Korban Adalah Syiar

Ada beberapa ibadah yang disebut oleh Allah sebagai syiar termasuklah ibadah sembelihan korban. Syiar secara asasnya ialah manifestai ibadah, tradisi dan amalan.

Syiar sesuatu yang dizahirkan. Ia menjadi alamat atau tanda bagi pendalilan sesuatu. Sebagai contoh, sembelihan korban menjadi dalil ibadah sempena eidul adha yang disambut.

Syiar juga dalam konteks ibadah atau agama menonjolkan sesuatu bersifat pengabdian atau ibadah yang dilakukan. Ia membezakan sesuatu pengurusan duniawi yang biasa. Seperti ibadah sembelihan korban adalah berbeza dengan sembelihan biasa walaupun haiwan yang sama. Ia kerana sembelihan ibadah korban dizahirkan dan imej korban terserlah.

Perbahasan seumpama ini boleh dikaitkan dalam ŲŖŁŲ³ŁŠŲ± Ų§Ł„ŁŲ®Ų± Ų§Ł„Ų±Ų§Ų²ŁŠ: Ų§Ł„Ų±Ų§Ų²ŁŠ، Ł…Ų­Ł…ŲÆ، ŲÆŲ§Ų± Ų§Ł„ŁŁƒŲ±، ŲØŁŠŲ±ŁˆŲŖ Ų·3 1985Ł… Ų¬4: 174 iaitu seperti berikut :

Ų°َŁ„ِŁƒَ ŁˆَŁ…َŁ† ŁŠُŲ¹َŲøِّŁ…ْ Ų“َŲ¹َŲ§Ų¦ِŲ±َ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁَŲ„ِŁ†َّŁ‡َŲ§ Ł…ِŁ† ŲŖَŁ‚ْŁˆَŁ‰ Ų§Ł„ْŁ‚ُŁ„ُŁˆŲØِ)) Ų„Ł† Ų­Ł‚ŁŠŁ‚Ų© Ų§Ł„Ų“Ų¹Ų§Ų¦Ų±، ŲØŲ¹ŲÆ ŲØŁŠŲ§Ł† Ų£Ł† Ų§Ł„Ų“Ų¹Ų§Ų¦Ų± Ų¬Ł…Ų¹ Ų“Ų¹ŁŠŲ±Ų© «Ł‡Łˆ ŁƒŁ„ Ų“ŁŠŲ” Ł„Ł„Ł‡ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ Ł…Ł†Ł‡ Ų£Ł…Ų±Ų§ Ų“Ų¹Ų± ŲØŁ‡ ŁˆŲ£Ų¹Ł„Ł…، ŁˆŁ…Ł†Ł‡ Ų“Ų¹Ų§Ų± Ų§Ł„Ł‚ŁˆŁ… ŁŁŠ Ų§Ł„Ų­Ų±ŲØ، Ų£ŁŠ Ų¹Ł„Ų§Ł…Ų§ŲŖŁ‡Ł… Ų§Ł„ŲŖŁŠ ŁŠŲŖŲ¹Ų§Ų±ŁŁˆŁ† ŲØŁ‡Ų§، ŁˆŁ‡ŁŠ Ų£Ų¹Ł„Ų§Ł… Ų·Ų§Ų¹ŲŖŁ‡ ŁˆŁƒŁ„ Ų“ŁŠŲ” Ų¬Ų¹Ł„ Ų¹Ł„Ł…Ų§ً Ł…Ł† Ų£Ų¹Ł„Ų§Ł… Ų·Ų§Ų¹Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁŁ‡Łˆ Ł…Ł† Ų“Ų¹Ų§Ų¦Ų± Ų§Ł„Ł„Ł‡ .. ŁˆŁ‡Łˆ Ł…Ų£Ų®ŁˆŲ° Ł…Ł† Ų§Ł„Ų„Ų“Ų¹Ų§Ų±، ŁˆŲ§Ł„Ų°ŁŠ Ł‡Łˆ Ų§Ł„Ų„Ų¹Ł„Ų§Ł…»

Ringkasnya dari atas, syiar adalah sesuatu pemakluman secara zahir dan terang.

Malahan pula ibadah sembelihan korban ini dalam konteks perlaksanaan disaksikan oleh orang ramai adalah merujuk kepada seruan khas secara sunat bagi peserta korban melihat haiwan korbannya disembelih sebagaimana hadith Nabi Muhammad SAW yang menyuruh anaknya Sayidatina Fatimah az-Zahra melihat binatang korbannya.

ŁˆَŁ±Ł„ۡŲØُŲÆۡŁ†َ Ų¬َŲ¹َŁ„ۡŁ†َŁ€ٰŁ‡َŲ§ Ł„َŁƒُŁ… Ł…ِّŁ† Ų“َŲ¹َŁ€ٰۤŁ‰ِٕŲ±ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł„َŁƒُŁ…ۡ ŁِŪŒŁ‡َŲ§ Ų®َŪŒۡŲ±ࣱۖ ŁَŁ±Ų°ۡŁƒُŲ±ُŁˆŲ§۟ Ł±Ų³ۡŁ…َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¹َŁ„َŪŒۡŁ‡َŲ§ ŲµَŁˆَŲ§ۤŁَّۖ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ ŁˆَŲ¬َŲØَŲŖۡ Ų¬ُŁ†ُŁˆŲØُŁ‡َŲ§ ŁَŁƒُŁ„ُŁˆŲ§۟ Ł…ِŁ†ۡŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŲ·ۡŲ¹ِŁ…ُŁˆŲ§۟ Ł±Ł„ۡŁ‚َŲ§Ł†ِŲ¹َ ŁˆَŁ±Ł„ۡŁ…ُŲ¹ۡŲŖَŲ±َّۚ ŁƒَŲ°َ ٰ⁠Ł„ِŁƒَ Ų³َŲ®َّŲ±ۡŁ†َŁ€ٰŁ‡َŲ§ Ł„َŁƒُŁ…ۡ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ۡ ŲŖَŲ“ۡŁƒُŲ±ُŁˆŁ†َ

Maksudnya : Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. - Surah al-Hajj : 36

▪️Toleransi Dalam Islam

Perbahasam toleransi atau tasamuh dibahagikan kepada dua aspek seperti berikut :

1. Perkara melibatkan aqidah, dasar dan prinsip. Di sini perlunya ketegasan kerana tunjang agama yang tetap teguh. Dalam hal ini tiada toleransi, tetapi mesti berpegang dengan prinsip dan mempertahankan dasar.

Dalam hal ini, kita dapati sikap yang diajarkan oleh al-Quran kepada kita ialah :

a. Ketegasan hanya Islam yang eksklusif pada kebenarannya. Firman Allah SWT :

Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„ŲÆِّŪŒŁ†َ Ų¹ِŁ†ŲÆَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł±Ł„ۡŲ„ِŲ³ۡŁ„َŁ€ٰŁ…ُۗ

Maksudnya : Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. - Surah Ali Imran : 19

b. Selain Islam adalah batil. Firman Allah SWT :

ŁˆَŁ…َŁ† ŪŒَŲØۡŲŖَŲŗِ ŲŗَŪŒۡŲ±َ Ł±Ł„ۡŲ„ِŲ³ۡŁ„َŁ€ٰŁ…ِ ŲÆِŪŒŁ†ࣰŲ§ ŁَŁ„َŁ† ŪŒُŁ‚ۡŲØَŁ„َ Ł…ِŁ†ۡŁ‡ُ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ ŁِŪŒ Ł±Ł„ۡŁ€َٔŲ§Ų®ِŲ±َŲ©ِ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ۡŲ®َŁ€ٰŲ³ِŲ±ِŪŒŁ†َ

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. - Surah Ali Imran : 85

c. Tiada kompromi. Firman Allah SWT :

Ł„َŁƒُŁ…ۡ ŲÆِŪŒŁ†ُŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŁ„ِŪŒَ ŲÆِŪŒŁ†ِ

Maksudnya : "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". - Surah al-Kafirun : 6

2. Aspek melibatkan kemanusiaan, kemasyarakatan yang dibuka ruang toleransi selagi mana :

a. Tidak redha atau iktiraf ajaran kepercayaan agama selain Islam.
b. Tiada perkara yang bercanggah syariat.
c. Tidak ada penyerupaan agama ŲŖŲ“ŲØŁ‡ ŲÆŁŠŲØŁŠ

▪️Bentuk Toleransi Dalam Islam Terhadap Agama Lain

Dalam ajaran Islam, toleransi sememangnya wujud dalam keadaan bertegas pada aqidah, dasar dan prinsip sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

Antara interaksi toleransi dalam Islam ialah :

1. Tidak menghina sembahan agama. Firman Allah SWT :

ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ³ُŲØُّŁˆŲ§۟ Ł±Ł„َّŲ°ِŪŒŁ†َ ŪŒَŲÆۡŲ¹ُŁˆŁ†َ Ł…ِŁ† ŲÆُŁˆŁ†ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁَŪŒَŲ³ُŲØُّŁˆŲ§۟ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų¹َŲÆۡŁˆَۢŲ§ ŲØِŲŗَŪŒۡŲ±ِ Ų¹ِŁ„ۡŁ…ࣲۗ

Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. - Surah al-An'am : 108

2. Terbuka untuk berdialog untuk mencapai kata sepakat dengan syarat tidak menyekutukan Allah. Firman Allah SWT :

Ł‚ُŁ„ۡ ŪŒَŁ€ٰۤŲ£َŁ‡ۡŁ„َ Ł±Ł„ۡŁƒِŲŖَŁ€ٰŲØِ ŲŖَŲ¹َŲ§Ł„َŁˆۡŲ§۟ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ ŁƒَŁ„ِŁ…َŲ©ࣲ Ų³َŁˆَŲ§ۤŲ”ِۭ ŲØَŪŒۡŁ†َŁ†َŲ§ ŁˆَŲØَŪŒۡŁ†َŁƒُŁ…ۡ Ų£َŁ„َّŲ§ Ł†َŲ¹ۡŲØُŲÆَ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł†ُŲ“ۡŲ±ِŁƒَ ŲØِŁ‡ِŪ¦ Ų“َŪŒۡŁ€ࣰٔŲ§ ŁˆَŁ„َŲ§ ŪŒَŲŖَّŲ®ِŲ°َ ŲØَŲ¹ۡŲ¶ُŁ†َŲ§ ŲØَŲ¹ۡŲ¶ًŲ§ Ų£َŲ±ۡŲØَŲ§ŲØࣰŲ§ Ł…ِّŁ† ŲÆُŁˆŁ†ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِۚ ŁَŲ„ِŁ† ŲŖَŁˆَŁ„َّŁˆۡŲ§۟ ŁَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŲ§۟ Ł±Ų“ۡŁ‡َŲÆُŁˆŲ§۟ ŲØِŲ£َŁ†َّŲ§ Ł…ُŲ³ۡŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". - Surah Ali Imran : 64

3. Tiada paksaan memeluk Islam dalam dakwah. Firman Allah SWT :

Ł„َŲ§ۤ Ų„ِŁƒۡŲ±َŲ§Ł‡َ ŁِŪŒ Ł±Ł„ŲÆِّŪŒŁ†ِۖ

Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam) - Surah al-Baqarah : 256

4. Sedia kerjasama dalam perkara yang baik dan menolak kejahatan serta pemusuhan. Firman Allah SWT :

ŁˆَŲŖَŲ¹َŲ§ŁˆَŁ†ُŁˆŲ§۟ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ۡŲØِŲ±ِّ ŁˆَŁ±Ł„ŲŖَّŁ‚ۡŁˆَŁ‰ٰۖ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ¹َŲ§ŁˆَŁ†ُŁˆŲ§۟ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ۡŲ„ِŲ«ۡŁ…ِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ¹ُŲÆۡŁˆَ ٰ⁠Ł†ِۚ

Maksudnya : Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. - Surah al-Maidah : 2

▪️Penutup

Jelas kepada kita bahawa ibadah sembelihan korban merupakan syiar. Ia bukan sekadar ibadah. Namun diangkat oleh Allah sebagai syiar yang dizahirkan dan dimaklumkan kepada umum.

Adalah tidak menjadi syiar apabila ia dikerjakan tanpa dimaklumi. Sebab itu definisi bagi syiar secara asasnya ialah Ų§Ł„Ų§Ų¹Ł„Ų§Ł… Łˆ Ų§Ł„Ų§ŲøŁ‡Ų§Ų± iaitu hebah dan zahir.

Syiar adalah merujuk kepada gambaran ia ibadah dan amalan agama. Sebab itu ibadah sembelihan korban berbeza dengan sembelihan biasa yang hanya sekadar untuk menghalalkan haiwan tersebut di makan. Adapun ibadah sembelihan korban ialah :

1. Amalan dan ibadah sempena Eidul Adha bermula 10 ZulHijjah selepas solat hari raya sehingga sebelum tenggelam matahari hari akhir tasyriq, 13 ZulHijjah
2. Membantu kalangan fakir miskin dengan pembahagian korban.
3. Ia bersifat sunat muakkad bagi yang berkemampuan menurut mazhab as-Syafie
4. Fadhilatnya menjadi tunggangan di akhirat dan setiap bulu haiwan korban mendatangkan satu kebaikan.
5. Peserta korban sunat melihat sewaktu haiwan korbannya disembelih.

Kesemua di atas membezakan antara sembelihan korban dengan sembelihan biasa.

Adapun dari sudut toleransi, bukanlah sehingga kita menghilangkan syiar. Ini kerana syiar membawa imej agama dan ibadah yang diperuntukkan.

Jangan kerana "berlembut" tanpa cara yang sebenar akhirnya merugikan Islam itu sendiri sehingga syiar Islam pun hendak dibuang.

Toleransi yang ada dalam Islam pada soal kemasyarakatan dan kemanusiaan serta bersyarat.

Kadang kala manusia salah memahami toleransi kononnya menjaga hati kalangan bukan Islam namun tidak menjaga imej Islam!

Apatah lagi di negara Malaysia yang :

1. Majoriti orang Islam
2. Agama Islam agama Persekutuan

Maka tiada isu penularan gambar sembelihan korban. Ini kerana gambar tersebut sebagai :

1. Menunjukkan kegembiraan dan sambut eidul adha. Hari raya yang Allah anugerah kepada umat Islam.

2. Semangat gotong royong dan memumpuk perpaduan.

Maka kegembiraan atas nikmat Allah di atas adalah harus dan tidak sewajarnya menjadi isu.

Dalam masa yang sama penularan gambar sembelihan korban ini perlu dielakkan dari :

1. Tag nama di FB secara khusus kalangan orang bukan Islam yang ada sensitiviti dengan haiwan korban.

2. Caption atau tulisan status yang dilakukan bersifat mengundang provokasi.

Adapun sudut bergambar yang pelbagai ia bersifat umum kerana zaman sekarang semua berkongsi rasa dengan gambar yang dimuat naik di media sosial. Selagi tiada unsur akidah dan percanggahan syariat ia masih dalam konteks diharuskan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo