NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Koon Yew Yin, jangan hina panji Di Raja!


TINDAKAN ahli perniagaan Cina, Koon Yew Yin baru ini sangat menguji perasaan rakyat Malaysia khususnya Bumiputera. Penghinaan secara terbuka kepada anggota tentera dengan mengatakan bahawa mereka hanya sekadar makan dan minum di waktu negara aman sangat biadab dan kurang ajar. Lebih parah, beliau mencadangkan tentera dikerah untuk bekerja di FELDA bagi mengantikan pekerja asing.

Walaupun begitu, selepas ditegur oleh beberapa pemimpin politik pembangkang dan dikritik keras oleh warganet. Beliau terus mendabik dada dengan menyatakan beliau punya hak untuk mengkritik kerana membayar cukai dan merupakan penyumbang terbesar kemenangan Kerajaan PH. Adakah dengan syarat ini menghalalkan kritikan? Adakah kebebasan ‘hak’ sehingga membenarkan perlian kepada sendi negara?

Kenyataan bekas Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak (SEAC) ini bahaya untuk keharmonian kaum, jelas beliau api dalam sekam bagi rakyat Malaysia. Selain itu, secara tidak langsung, Koon Yew Yin telah menghina panji rasmi dibawah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Perak) mendesak sekeras kerasnya supaya Koon Yew Yin dan seangkatan fikiran dengannya agar tidak mengulangi kesilapan kurang cerdik ini. Kenyataan sebegitu menjelaskan rasa tidak cinta dan kasih kepada negara bernama Malaysia. Pembinaan Negara Bangsa mestilah dimulai dengan rasa kasih dan sayang mendalam terhadap Perlembagaan Persekutuan dan institusi Sultan. Tanpa dua perkara ini, layaklah dilucutkan kewarganegaraan.

Kami DPPN Perak ingin menyatakan sikap kesal dengan pendirian Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. Sehingga kini senyap menyepi dan mengambil sikap mudah bila Anggota Tentera dibawah seliaan beliau dikritik. Jangan kerana mendapat payung perlindungan dan wang sumbangan dari ahli perniagaan ini, beliau bersikap malu alah sehingga tergadai maruah dan prinsip sebagai pemimpin negara.

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo