NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jangan Buruk Sangka Terhadap ATM' - Amzad Hashim



"Komunis mungkin berdendam dengan pasukan keselamatan. Tetapi warganegara sejati tidak akan sesekali hilang pedoman,"

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos - "Komunis mungkin berdendam dengan pasukan keselamatan. Tetapi warganegara sejati tidak akan sesekali hilang pedoman," tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata, di bulan Kemerdekaan ini rakyat Malaysia perlu semarakkan semangat patriotisme dan penghargaan kepada mereka yang berkorban mempertahankan negara dari ancaman musuh dari dalam dan luar negara.

"Saya cukup merasa kesal kerana masih ada warganegara Malaysia yang memperkecilkan peranan pasukan keselamatan yang menjadi tonggak kemerdekaan, keselamatan dan kemakmuran negara.

"Anda boleh berniaga dan menjadi kaya raya kerana keselamatan dan kemakmuran negara. Tanpa adanya keselamatan negara, anda mungkin sedang berlindung di dalam longkang dan khuatirkan keselamatan nyawa dan keluarga jauh sekali mempunyai ruang untuk mempunyai empayar perniagaan dan menjadi jutawan," katanya dalam satu kenyataan di status facebook beliau hari ini.
Ahmad Amzad dipercayai mengulas kenyataan seorang jutawan yang merendahkan tugas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa kononnya anggota tentera tiada kerja hanya makan dan tidur sahaja.

Ahmad Amzad berkata, pelabur sejati mengetahui kriteria utama risiko pelaburan berkait rapat dengan soal keselamatan, keamanan, kestabilan politik.

"Perkataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan yang menjadi pembiaya kepada Pakatan Harapan (PH) kononnya tentera kita hanya "tidur dan makan", ada yang tak "pernah tembak sebutir peluru pun kecuali di padang sasar" mempunyai nada yang sangat biadab dan memperlekehkan peranan tentera.

"Jangan jadi lupa diri seperti kacang lupakan kulit. Keringat pasukan keselamatan yang berkorban sama ada di darat, laut dan udara menyumbang kepada keamanan negara," tegas beliau.

Bagaimana pun jutawan bukan Melayu itu telah membuat pengakuan permohonan maaf secara terbuka dalam blognya semalam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo