NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ECRL: Dahulu 5 stesen, sekarang hanya 2?


KOTA BHARU: Biarpun hanya dua stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding lima pada perancangan awal, namun Kelantan menyambut baik projek itu diteruskan selepas tertangguh hampir sembilan bulan.

Kerajaan pusat hanya melulus dua stesen iaitu Tok Bali dan Tunjung di Kota Bharu berbanding lima stesen sebelum ini termasuk Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu dan Jelawat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, projek itu mampu meningkatkan sosio ekonomi penduduk dan merancakkan pembangunan negeri.

"Permintaan kita sebelum ini iaitu lima stesen, namun kerajaan memutuskan dua sahaja stesen iaitu di Tok Bali Tunjung, tetapi perbincangan antara kedua-dua pihak masih terbuka.

"Walau apa pun kita tetap menyambut baik langkah kerajaan Persekutuan melaksanakan semula projek ECRL selepas tertangguh sekian lama," katanya ketika ditemui pda program bersama peserta Ladang Rakyat di sini petang semalam.

Pada 25 Julai lepas kerajaan pusat melancar semula projek ECRL di tapak terowong Dungun yang disempurnakan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo