NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aura Terengganu Tarik Kehadiran Orang Terbang




KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Dengan berlatar belakangkan keindahan Jambatan Angkat atau 'Drawbridge' sebagai mercu ikonik baharu negeri Terengganu, seramai kira-kira 30 juruterbang paramotor melakukan penerbangan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu, semalam.



Timbalan Presiden Persatuan Paramotor Malaysia, Rohaizi Md Hussin, 49, memaklumkan, program Fly In Terengganu 2019 itu merupakan julung kali diadakan di Malaysia dengan mengumpulkan juruterbang paramotor dari seluruh negeri.


"Mengapa kita pilih Terengganu? Kerana negeri ini memiliki aura tersendiri di samping kami ingin mengambil kesempatan menjadi kumpulan pertama di Malaysia yang terbang di 'Drawbridge' yang difahamkan terpanjang di dunia," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui media sewaktu acara berkenaan di muara utara Seberang Takir.





Program Paramotor Fly In Terengganu berlangsung selama dua hari, bermula Sabtu lalu dengan sesi penerbangan berkumpulan dari Dungun ke Kuala Terengganu dengan jarak penerbangan sejauh 80 km.



"Walaupun ada sedikit jerebu, kami dapat menikmati landskap yang cantik dengan udara dan cuaca yang menarik.
terbang banyak tempat di seluruh dunia, tetapi hanya di Terengganu saya dapat lihat pantai terpanjang dalam penerbangan kami," katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah (Promosi) Tourism Terengganu, Muhammad Fakhri Khazali mengalu-alukan kehadiran penggiat sukan lasak itu ke Terengganu.

"Ini adalah sisi baharu negeri ini dan kita berbesar hati mengalu-alukan para pelancong dalam apa juga kecenderungan dan minat untuk hadir menikmati keunikan negeri ini," katanya.

Berdasarkan rekod, Terengganu pernah terpilih sebagai lokasi FAI Asia Ocenia Paramotor Championship (AOPC) pada tahun 2015.

Manakala, sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara, persatuan berkenaan akan mengadakan program Merdeka Paramotor Ride pada 30 dan 31 Ogos ini di Kuala Terengganu. Peminat sukan lasak yang ingin menikmatinya boleh mendapatkan tiket di Hotel Primula dengan kadar RM250 bagi satu tiket.


Sumber: https://www.teganukita.net/2019/08/aura-terengganu-tarik-kehadiran-orang.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo