NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PERANTAU Komited Bantu Jayakan PITAS

KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Persatuan Anak-anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) menzahirkan komitmen bagi membantu kerajaan negeri menjayakan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS).

Presiden PERANTAU Pusat, Profesor Dr. Kamaruzzaman Yusof berkata, dalam setiap siri pertemuan bersama kerajaan negeri, pihaknya sering memberikan maklum balas terhadap pelaksanaan pentadbiran negeri.

"PERANTAU mempunyai pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan mereka yang terdiri daripada para usahawan yang berjaya.

"Kita akan berusaha sedaya mungkin dan kita harap usaha membangunkan negeri dan rakyat akan mampu dicapai dengan lebih efektif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Sambutan Hari Raya dan Temu Mesra bersama PERANTAU Negeri Sembilan di Kompleks Al-Saadah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Program berkenaan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut disertai sekitar 100 anak perantau yang berada di negeri itu.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/07/perantau-komited-bantu-jayakan-pitas.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo