Saya telah diugut pihak tertentu kerana Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menuduh saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’ dipercayai melalui artikel saya yang bertajuk ‘400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara’.
Demi Allah, saya dengan ini menjemput anda semua menyemak sendiri kesemua fakta dan laporan yang telah saya gunakan sebagai rujukan untuk artikel saya tersebut.
13. Fakta Tun Mahathir sendiri mengaku secara terbuka bahawa beliau berminat untuk menjual aset untuk meraih pendapatan: “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-akan-jual-aset-demi-kurangkan-hutang-negara-tun-mahathir-210316.
15. Kesemua laporan ini adalah berdasarkan rujukan langsung daripada portal utama seperti The Edge Markets, Reuters, Astro Awani, Deal Street Asia, The Malaysian Reserve, dan pelbagai portal berita arus perdana dalam negara. Adakah tuan Penasihat Media Perdana Menteri menuduh kesemua portal ini ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’? Jika ya, maka silalah ambil tindakan ke atas kesemua portal ini.
16. Seharusnya sebagai seorang Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ramai, beliau perlu menjawab kesemua persoalan yang diajukan Pensyarah Universiti Awam dengan matang dan profesional, bukannya bertindak mengeluarkan kenyataan di media sosial.
17. Kurang manis apabila Penasihat Media Perdana Menteri ‘mengarahkan’ ‘Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka’ di media sosial. Ini bukan sahaja kurang profesional dan kurang matang, tetapi juga bertentangan dengan prinsip kebebasan akademik yang dilaungkan pihak kerajaan selama ini.
18. Semoga tindakan Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ini tidak diulangi lagi pada masa akan datang, sekali gus tidak menghalang para pensyarah lain untuk terus terlibat memberi pandangan kritis kepada dasar-dasar kerajaan demi kemajuan negara kita bersama.
19. Secara peribadi saya tiada dendam apatah lagi benci sama sekali terhadap Penasihat Media Perdana Menteri kita ini dan saya maafkan tuduhan beliau bahawa saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’. Namun, sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya tetap berpegang teguh dengan Falsafah UKM iaitu ‘"Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti".
Maka insyaAllah saya akan terus memberi teguran dan pandangan kepada kerajaan, sesuai dengan tugas saya sebagai Pensyarah Sains Politik di UKM.
KUALA LUMPUR : Pengerusi Konvensyen Melayu 153, Tan Sri Nor Omar berpandangan Perlembagaan Persekutuan wajar dipinda bagi menetapkan jawatan...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment