NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lim Guan Eng Terbukti Menipu Dan Wajar Dikenakan Tindakan



oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

15 Julai 2019

1. Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) pada hari ini mengesahkan tiada kehilangan wang kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akibat ‘dirompak’ oleh Kerajaan BN yang lepas seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng.

2. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius dakwaan Menteri Kewangan yang telah terbukti menipu dan mengelirukan Dewan dengan niat jahat untuk membangkit kebencian rakyat terhadap Pentadbiran yang lepas!

3. Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar YB Lim Guan Eng dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan dikenakan hukuman yang tegas dan setimpal kerana dakwaannya bukan sahaja palsu malah boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan rakyat.

4. Sehubungan dengan itu, YB Yang di-Pertua Dewan Rakyat wajar menerima usul Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Ismail Sabri untuk dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

15 Julai 2019




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo