Kecoh di Parlimen usul untuk mewajibkan sekalian Ahli Dewan Rakyat membuat pengisytiharan harta, sebagai bukti mendokong nilai integriti.
Maka bangunlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berbahas usul yang tergesa-gesa dibentangkan seorang Menteri.
Ada yang berhujah, mengapa perlu takut untuk mengisytiharkan harta sekiranya tidak mencuri, melainkan jika ada kekayaan yang ingin disembunyi.
Ada juga yang berhujah, pengisytiharan harta bukti seseorang memiliki nilai integriti, dan mereka yang tidak berani bermakna kumpulannya tidak berintegriti.
Persoalannya layakkah mereka yang mengisytiharkan harta itu mendabik dada sebagai seorang yang berintegriti?
Malah persoalan yang lebih besar, adakah layak mereka mengaku berintegriti sekiranya;
Apabila bercakap sentiasa dibohongi;
Apabila berjanji sentiasa dimungkiri;
Apabila diberi amanah sentiasa dikhianati;
Apabila ijazah akademik ditipu Menteri, dan
Apabila ‘video hanyir’ dikongsi sesama sendiri.
Inilah bahana apabila nilai integriti ditafsir sendiri, atau mengikut acuan Barat yang melanggar fitrah manusiawi.
Hakikatnya pengisytiharan harta adalah amalan terpuji, biasanya diwajibkan ke atas Menteri dan eksekutif yang mempunyai kuasa melulus dan mempengaruhi.
Tujuannya yang utama adalah untuk meningkatkan transparensi, seterusnya mengelak pertembungan kepentingan (conflict of interest) yang boleh menjejaskan moral dan integriti.
Jelas tujuannya adalah berbeza sekiranya mahu Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan harta, kerana mereka tiada kepentingan seumpama anggota pentadbiran dan sekalian Menteri.
Justeru kita tidak perlu menceduk model integriti Barat, kerana cukup dengan kita melihat pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu, dan Kedah sebagai model kepimpinan Islam yang adil untuk semua, serta diiktiraf bebas rasuah, berhemah dan berintegriti.
Terpenting adalah kita membina benteng pencegahan dan pengawasan yang menyeluruh dengan petunjuk Islam, di kala negara berdepan dengan krisis kepimpinan yang terhakis nilai moral dan integriti.
Inilah yang dimaksudkan dengan kepimpinan beriman dan budiman, sebagai formula membentuk kepimpinan berakhlak, jujur dan berintegriti.
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment