NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GST: Boleh percaya Guan Eng?

Jika Menteri Kewangan pun boleh buat kenyataan salah dan mengelirukan, apakah kenyataan-kenyataan beliau yang lain boleh dipercayai?
BANGI, 12 Zulkaedah 1440H, Isnin – "Jika Menteri Kewangan pun boleh buat kenyataan salah dan mengelirukan, apakah kenyataan-kenyataan beliau yang lain boleh dipercayai?"

Demikian persoalan dibangkitkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya mengulas dakwaan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat tahun lalu bahawa tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion 'dirompak' kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun hari ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tidak berlaku kehilangan wang RM19.4 bilion hasil kutipan GST, sebaliknya hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST digunakan bagi tujuan pembiayaan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ia dirumuskan selepas pihaknya meneliti keterangan 10 saksi dan taklimat Ketua Audit Negara serta pandangan Peguam Negara menerusi prosiding yang dimulakan 12 September lalu.

Bimbang dengan tindakan menteri kewangan itu, Haji Aminuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, tidak mustahil pelabur akan lintang-pukang melarikan diri dari Malaysia kerana tidak lagi percaya kepada pemimpin negara.

"Jika kenyataan Menteri Kewangan (yang bertanggungjawab menjaga kewangan negara) tidak boleh dipercayai, apakah keadaan kewangan negara seperti yang beliau selalu uar-uarkan selama ini terutamanya mengenai jumlah hutang negara, kos-kos projek dan sebagainya boleh dipercayai?

"Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pernah berkata di dalam Parlimen bahawa wang sejumlah RM19.4 billion telah hilang tapi siasatan PAC kata tak hilang. Sebenarnya, cuma ada kekhilafan daripada cara memindahkan wang dari GST Consolidated Fund kepada Federal Consolidated Fund.

"Sepatutnya 42 peratus tapi cuma 35 peratus yang dipindahkan," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/07/15/gst-boleh-percaya-guan-eng/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo