
CBRT 2020 tepati syarak
NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
Kerajaan negeri Terengganu, melalui beberapa agensinya yang dipertanggungjawabkan telah melaksanakan tugas melalui Cadangan Bajet Rakyat Terengganu (CBRT) mengumpulkan maklumat, pandangan dan cadangan untuk dibawa dalam bajet Terengganu 2020 akan datang.
Ia dibuat dari peringkat ADUN, Ahli majlis perbandaran, jabatan-jabatan, MPKK dan pihak-pihak berkepentingan untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi. Mereka telah turun ke semua daerah di Terengganu baru-baru ini mengadakan sesi yang dimaksudkan.
Apa yang dibuat ini sama sebagaimana tahun sebelum ini bagi menyediakan bajet Terengganu 2019. Input dari pihak akar umbi rakyat penting untuk dimasukkan dalam bajet Terengganu ini agar hasil dari bajet tersebut kembali manfaatnya kepada rakyat.
Dalam sejarah hidup Umar Al-Khattab, beliau pernah mengemukakan model keadilan pemerintahannya. Beliau berkata:
ŁŁ Ų¹Ų“ŲŖ ŁŲ£Ų®Ų°ŲŖ ŁŲ¶ŁŁ Ų£Ł
ŁŲ§Ł Ų§ŁŲ£ŲŗŁŁŲ§Ų” ŁŲ±ŲÆŲÆŲŖŁŲ§ Ų¹ŁŁ Ų§ŁŁŁŲ±Ų§Ų” ، ŁŁŲ³ Ų£ŲŲÆ Ų£ŲŁ ŲØŁŲ°Ų§ Ų§ŁŁ
Ų§Ł Ł
Ł Ų§ŲŲÆ ، Ų³Ų£ŁŲŁ Ų£ŁŲ§Ų®Ų± Ų§ŁŁŲ§Ų³ ŲØŲ£ŁŲ§Ų¦ŁŁŲ§ Ł ŁŁŲ£ŲŖŁŁ Ų§ŁŁ
Ų±Ų£Ų© ŁŁ ŲµŁŲ¹Ų§Ų” ŁŲµŁŲØŁŲ§ Ł
Ł ŁŲ°Ų§ Ų§ŁŁ
Ų§Ł Ł ŁŲ£Ų·ŁŁŁ ŲØŲ§ŁŲ£Ł
ŲµŲ§Ų± ŁŲ£ŁŁŁ
ŲØŁŁ ŁŲ·Ų± Ų“ŁŲ±ŁŁ ŁŲ„ŁŁ Ų§Ų¹ŁŁ
Ų§Ł ŁŁŁŲ§Ų³ ŲŁŲ§Ų¦Ų¬ ŲŖŁŲ·Ų¹ ŲÆŁŁŁ Ų£Ł
Ų§ Ų¹Ł
Ų§ŁŁŁ
ŁŁŲ§ ŁŲ±ŁŲ¹ŁŁŁŲ§ Ų§ŁŁ، Ł Ų£Ł
Ų§ Ų§ŁŁŲ§Ų³ ŁŁŲ§ ŁŲµŁŁŁ Ų§ŁŁ
Saidina Umar bersedia untuk berada di setiap daerah selama 2 bulan bagi mendapat input dari rakyat berkenaan hajat dan isu yang mereka kemukakan. Ini kerana maklumat dari rakyat tidak sampai kepada Umar kerana staf yang tidak mengangkat isu itu kepadanya atau rakyat yang tiada saluran untuk memberitahu. Ia adalah satu bentuk cakna yang hebat dari seorang yang hebat.
Dalam konteks semasa, agak kurang praktikal jika seorang ketua eksekutif sebuah negeri atau negara tinggal di suatu daerah selama 2 bulan mengumpul maklumat dari rakyat. Agensi tertentu sudah diamanahkan untuk mengumpulkan semua pandangan dan cadangan ini. Semangat dari apa yang dibuat oleh Umar ialah pemerintah sangat sensitif dengan keperluan rakyat.
Saya turut hadir dalam sesi yang dibuat di Pejabat Daerah Kemaman baru-baru ini. Banyak idea yang dikemukakan oleh wakil rakyat, jabatan kerajaan, wakil MPKK dan pelbagai pihak untuk dinilai.
Alhamdulillah, bentuk komunikasi zaman kini juga sudah terlalu canggih dan mudah. Rakyat boleh sahaja mengemukakan cadangan untuk bajet Terengganu 2020 ini melalui portal ebajet. terengganu.gov.my sebelum 15 Ogos 2019.
Mana tahu, mungkin idea anda diterima oleh pihak kerajaan, lalu dimasukkan dalam bajet Terengganu 2020, dan anda mendapat pahala setiap kali ia dimanfaatkan oleh rakyat Terengganu.
Mari bersama menyumbang agar Terengganu terus maju, berkat, sejahtera di bawah kepimpinan YAB Dr Ahmad Samsuri dan kerajaan PAS ini.
Penulis adalah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu.
No comments
Post a Comment