KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi berkata masih belum ada usaha serius dari kerajaan untuk mengembalikan perkhidmatan keretapi dari Tumpat ke Kuala Lumpur sedangkan laluan tersebut mendapat permintaan tinggi.
“Kenapa tidak boleh ada perjalanan langsung daripada Tumpat ke Kuala Lumpur dan yang agak mendukacitakan sikit adalah soalan ini telah saya kemukakan pada sidang yang lepas menteri tidak tahu bahawasanya tidak ada langsung perkhidmatan daripada Tumpat ke Kuala Lumpur.
“Timbul kebimbangan. Ini maknanya belum ada usaha serius untuk mengembalikan perkhidmatan daripada Tumpat ke Kuala Lumpur sedangkan permintaannya cukup banyak kerana di Kelantan ini lebuh raya pun tak sampai pelabuhan pun tak sampai dan sebagainya,” katanya.
Beliau menimbulkan isu tersebut semasa pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat dalam giliran menteri menjawab soalan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, hari ini.
Menjawab isu itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Tumpat akan diberi pertimbangan sekiranya baik pulih landasan telah selesai akibat musibah banjir.
Di samping itu katanya, ia turut mengambil kira mempertimbangkan faktor-faktor sambutan perkhidmatan keretapi di laluan tersebut.
“Tentang sama ada perkhidmatan daripada Kuala Lumpur ke Tumpat itu boleh berlangsung sebagai satu perkhidmatan setakat ini, oleh kerana jenis kereta yang digunakan ianya belum dapat kita uruskan dan belum ada kepastian yang jelas.
“Tapi boleh saya sebutkan walaupun hanya satu sahaja perkhidmatan daripada Kuala Lumpur ke Tumpat, perkhidmatan yang sedia ada ditawarkan hanya melibatkan tempoh transit di Gemas selama sepuluh minit dan satu lagi perkhidmatannya ialah 57 minit iaitu kalau dalam ingatan saya jauh lebih singkat tempoh transitnya berbanding perkhidmatan ekspres yang secara langsung,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/7/2019
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, membubarkan Parlimen hari ini, langkah mengejut yang membuka laluan kepada piliha...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment