NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inkues Adib: Gantung Peguam Negara Serta Merta Sehingga Kes Adib Selesai



oleh: Haji Ahmad Amzad Bin Hashim
13 Jun 2019/ 9 Syawal 1440H

1. Kenyataan peguam Syazlin Mansor yang pernah mewakili keluarga Allahyarham Adib, KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum ini menjelaskan kekusutan yang berlaku sepanjang perjalanan prosiding inkues Allahyarham Adib.

2. Jelas terdapat dakwaan "tangan ghaib" yang cuba menganggu perjalanan inkues selama ini. Malah, jika diteliti kronologi sejak sebelum bermulanya inkues lagi, banyak isu-isu yang meragukan telah timbul dan kesemuanya berkait dengan tindak tanduk oleh Peguam Negara sendiri.

3. Apa yang turut mendukacitakan adalah tindakan tidak profesional Peguam Negara yang campur tangan sehingga mendorong pengunduran peguam tersebut ketika inkues berada di penghujungnya.

4. Hujah utama yang menjadi pendebatan sepanjan inkues adalah penglibatan peguam Syazlin Mansor berkait dengan keterlibatan Prof Shahrom, saksi ke-29 yang menjelaskan teori bahawa Adib mati akibat dipukul. Teori tersebut jelas tidak dipersetujui oleh Peguam Negara sendiri yang pernah mengeluarkan afidavit pada April yang menyimpulkan kematian Adib hanya suatu kemalangan.

5. Sepatutnya prosiding inkues lebih bersifat neutral dan peguam Syazlin sewajarnya diberi kebebasan untuk mencari fakta dan hujah kebenaran. Namun, jelas ketika ini prosiding inkues ini "sengaja" untuk disimpulkan punca kematian Adib sebagai suatu kemalangan semata-mata. Apakah terdapat niat jahat yang mahu memanipulasi keputusan inkues ini?

6. Justeru, saya mendesak supaya Tommy Thomas digantung serta merta sehingga kes Adib selesai. Keterlibatan beliau sebagai Peguam Negara dilihat rakyat sebagai bukan lagi untuk mencari keadilan bagi Allahyarham Adib. Tambahan lagi, pihak Kerajaan juga didesak menubuhkan jawatankuasa siasatan terhadap Peguam Negara di atas tuduhan campur tangan bagi memastikan inkues itu bebas daripada persepsi konspirasi politik.

"Islam Memimpin"

Haji Ahmad Amzad Bin Hashim ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo