NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sedia 3,000 pek juadah berbuka percuma




KUALA NERUS - Didorong keinginan untuk berbuat amal dan kebajikan, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan menyediakan 3,000 pek makanan berbuka sempena Ramadan.

Pek makanan tersebut lebih diberi keutamaan kepada golongan kurang berkemampuan untuk membantu mengurangkan beban mereka dalam menyambut ketibaan bulan yang mulia itu.

Beliau berkata, program itu diadakan setiap hari dengan melibatkan pek makanan percuma kepada kira-kira 100 penduduk secara bergilir-gilir di kampung yang berlainan sepanjang bulan berkenaan.

“Dalam bulan Ramadan, kita rancang untuk mengagihkan 100 pek makanan berbuka puasa setiap hari dan kita akan sasarkan kampung- kampung yang berlainan selama 30 hari," katanya.



300 anak yatim dan fakir miskin diraikan sempena majlis makan malam.Beliau ditemui ketika meraikan 300 anak yatim dan fakir miskin sempena Majlis Makan Malam Amal Dana Cakna Rakyat Kuala Nerus Bersama Dua Tokoh Pewaris Tok Guru Nik Aziz di Marina Duyong Resort, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Zawawi Saleh dan selebriti televisyen, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani.

Sementara itu, objektif penganjuran majlis makan malam itu adalah bagi mengumpul dana bagi membantu golongan yang diuji oleh ALLAH dengan kesakitan dan kesusahan juga pada Ramadan ini.


Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/26347/EDISI/Terengganu/Sedia-3000-pek-juadah-berbuka-percuma

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo