NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya bukan wakil rakyat, Hanya mewakili denyut nadi rakyat



Bagi pihak rakyat yang diuji dengan dharurat air di Selat Klang khususnya ana ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada PJ Selangor yang turun melihat sendiri penduduk.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Shafie Ngah yang menghantar air selori dari kawasan Bangi. Juga kepada Jabatan Amal Selangor dan seluruh ahli BPPNS dan YDP yang menyumbang samada dengan wang ringgit, bantuan bekalan air, anggota dan sekurang kurangnya doa.


Saya beritahu kepada penduduk, ini sumbangan daripada PAS….daripada poket ahli PAS….kami bukan kerajaan…kami cuma bantu sekadar yang mampu. Riak wajah mereka menggambarkan kegembiraan yang sukar diungkap dengan kata kata.

Kebaikan PAS mula terasa.
Kepemimpinan PAS mula di akui.
Islam Memimpin.
Parti Islam Memimpin.
Walaupun dalam serba kekurangan…
Walaupun dengan keadaan mencatu kewangan….

Cubit paha kanan, paha kiri terasa…
Itulah perjuangan sejati..
bersama mengharungi tuntutan Ramadhan kali ini.
Penuh mehnah dan duri.

Hanya kepada Mu ya Allah kami mengadu dan berserah diri…
Semoga Allah redhai..
Dan diterima sebagai pengikut Nabi SAW.

Aamiin aamiin aamiin ya Rabbal ‘alamin

Saya bukan wakil rakyat
Hanya mewakili denyut nadi rakyat…

Dr Halimah Ali
Pengarah
Pusat Khidmat Masyarakat PAS Selat Klang
4 Ramadhan 1440H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo