1. Dengan keizinan Allah, saya berkesempatan berbahas mengenai Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 di Dewan Negara semalam. Walaupun mengambil masa yang singkat berbahas, namun ada beberapa perkara yang saya ingin gariskan berkaitan implikasi pelaksanaan levi pelepasan ini yang perlu diperhalusi semula oleh Kerajaan.
2. Pertama, caj levi pelepasan ini satu tambahan bebanan kepada rakyat khususnya yang sedia terbeban dengan SST dan caj perkhidmatan lain. Apakah Kerajaan tidak boleh memikirkan suatu mekanisme lain dalam meluaskan (diversity) pendapatan negara?
3. Kedua, caj levi pelepasan boleh menjejaskan sektor pelancongan secara tidak langsung. Berdasarkan kajian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan Malaysia akan menghadapi penurunan jumlah penumpang sebanyak 835,000 setahun yang berlepas dari negara ini jika caj levi pelepasan ini dilaksanakan. Ia suatu perkara yang perlu diperhalusi dengan lebih mendalam.
4. Justeru, tindakan tidak menyokong RUU Levi Pelepasan 2019 yang dicadangkan adalah wajar dan jelas ia tiada keperluan bagi Kerajaan untuk mewujudkan caj baharu yang dilihat membebankan rakyat serta memberi kesan pada sektor pelancongan di peringkat ASEAN khususnya.
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment