NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Rantau: SPR Seru Keluar Mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata pengundi disaran untuk tidak mengundi pada saat akhir dan merancang masa untuk keluar pada awal pagi meskipun waktu mengundi ditetapkan dari jam 8 pagi sehingga 5.30 petang.

“SPR menyeru kepada semua pengundi berkenaan supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Sabtu ini,” katanya.

Azhar turut mengingatkan pengundi yang telah menerima Kad Pengundi untuk terus ke saluran pengundi tanpa perlu membuat semakan di barung SPR.

“Pengundi diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan Voter’sCard atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran. Voter’s Card dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

“Selain itu, pengundi juga dinasihatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya,” katanya melalui kenyataan media pada Khamis.

Mengulas mengenai pengundi yang belum menerima Kad Pengundi kerana telah berpindah atau belum mengetahui maklumat pengundian, semakan boleh dibuat di portal rasmi SPR di www.spr.gov.my, telefon ke talian 03-88927018, atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Seramai 20,793 orang daripada 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi pada Sabtu ini.

Daripada jumlah itu, seramai 11 orang telah membuat undian secara secara undi pos.

Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo