NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda MIC Tuntut Penjelasan Maszlee


Pemuda MIC menggesa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menjelaskan kesahihan berhubung dakwaan beliau menuduh kerajaan lama Barisan Nasional(BN) meminggirkan pelajar kaum India dalam program matrikulasi lepasan SPM.

Ketua Pemuda MIC, Thinalan T Rajagopalu berkata tindakan Maszlee mengecam mantan Menteri Pendidikan BN, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan menyatakan peruntukan tempat 2,200 oleh BN bersifatkan one-off perlu disertakan dengan bukti.

“Selaku Menteri Pendidikan beliau tidak seharusnya mempunyai nilai dan sifat pilih kasih apabila tidak memberikan perhatian terhadap isu ini secara mendalam tetapi memberikan alasan menyalahkan pentadbiran kerajaan terlebih dahulu.

“Jika perkara yang ditularkan oleh YB Dr.Maszlee adalah benar, Pemuda MIC Kebangsaan menuntut maklumat penuh secara terperinci daripada KPM, pelajar yang dipilih dan diberikan penempatan ke Matrikulasi KPM tahun 2019 kepada umum secara “transparent” supaya dapat menafikan isu yang hangat diwar-warkan sekarang.

Beliau turut menegaskan satu laporan polis akan dibuat berikutan tuduhan Maszlee tersebut.

“Kami Pemuda MIC Kebangsaan akan membuat satu laporan Polis seluruh negara berkaitan dengan kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia melalui penyataan bertarikh pada 19 April 2019 bahawa tempat Matrikulasi yang diberikan kepada pelajar-palajar India adalah ‘One-off”!, Perkara ini adalah satu penipuan semata-mata pernyataan pemberian tempat matrikulasi ini telah bermula dari tahun 2009 dan meningkat sehingga 2,200 pada tahun 2018.

“Saya percaya bahawa ini adalah satu kesalahan di bawah sekysen 167, membuat dokumen palsu berniat menipu serta melempar fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Thinalan turut menuntut Maszlee untuk memberikan pendidikan sama rata kepada masyarakat India seperti yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN dahulu.

“Menteri Pendidikan berdasarkan keputusan jemaah menteri bertarikh 30 Mei 2018 bahawa penawaran khas kemasukan ke program matrikulasi kepada pelajar cemerlang SPM kepada golongan bukan bumiputera dari kaum Cina kumpulan B40 sebagai satu hadiah Kerajaan Pakatan Harapan sebanyak 1000 penempataan bagi tahun 2018 dan 2019, dari manakah beliau mampu mendapatkan penempatan ini jika sistem kuota dan kriteria kemasukan ke program matrikulasi KPM tanpa diambil kira, adakah pelajar cemerlang India dari golongan B40 diabaikan begitu sahaja?

“Kementerian Pendidikan Malaysia berhak memberikan penjelasan kepada Masyarakat India Malaysia berhubung pemberiaan penempatan Matrikulasi ini dengan teliti dan dibuktikan menerusi dokumen rasmi Kementerian agar semua jelas dan percaya akan ketelusan kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberikan pendidikan sama rata kepada semua kaum di Negara kita,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Sumber: http://watan-online.com/2019/04/23/pemuda-mic-tuntut-penjelasan-maszlee/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo