NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga Minyak Dunia Melonjak Hampir Paras Tertinggi 2019


SINGAPURA – Harga minyak dunia melonjak hampir kepada kemuncak tahun 2019 dalam awal dagangan hari ini selepas Washington menamatkan semua pengecualian ke atas beberapa negara yang mengimport minyak Iran.
Niaga hadapan Brent didagangkan kepada AS$74.33 setong pada 0051 GMT, naik 0.4 peratus berbanding harga penutup. Ia tidak jauh daripada paras tinggi 2019 iaitu AS$74.52 yang dicapai pada hari Isnin.

West Texas Intermediate pula didagangkan pada harga AS$65.79 setong, juga hampir harga tertinggi AS$65.92 pada hari Isnin.

Amerika Syarikat telah menuntut supaya pembeli-pembeli minyak Iran berhenti membeli bahan bakar dari negara itu mulai 1 Mei ini atau mereka akan dikenakan sekatan.

Sebelum ini lapan pembeli terbesar kebanyakan dari Iran diberi pengecualian membeli minyak Iran tetapi dengan jumlah terhad.

Iran yang merupakan pengeksport keempat terbesar OPEC mengeksport 3 juta tong sehari tetapi jumlah itu berkurangan di bawah 1 juta tong pada bulan April.

Barclay Bank berkata, pengumuman itu menyebabkan kejutan bagi para peserta pasaran dan akan mengakibatkan kawalan ketat dalam pasaran minyak.

Bank itu menambah, keputusan Washington itu akan menyebabkan berlaku “risiko kenaikan harga bahan untuk harga purata semasa AS$70 setong untuk Brent pada tahun ini, berbanding purata AS$ 65 setong setakat ini.

ANZ Bank pula berkata, keputusan itu akan memburukkan bekalan minyak selepas sekatan dikenakan kepada Venezuela, pengurangan bekalan dari OPEC dan konflik di Libya. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo