NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagaimana Pelupusan Sisa Plastik Kilang Haram Yang Ditutup?

1. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan pembuangan dan operasi sisa plastik import daripada kilang haram yang menjejaskan kesihatan manusia, alam sekitar dan ekonomi negara lebih-lebih lagi yang berlaku di kawasan perindustrian Pulau Indah Klang dan Jenjarom Kuala Langat. 

2. Antara tindakan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan pembekuan sementara lesen import AP sisa plastik dan penutupan 114 kilang haram pada tahun lalu manakala pihak Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTEC) pula telah menutup operasi 100 kilang kitar semula sisa plastik haram di seluruh negara.

3. Usaha Kerajaan melakukan pembekuan lesen AP dan penutupan kilang haram seluruh negara merupakan tindakan yang tepat. Persoalannya, bagaimana dengan pengurusan pelupusan ribuan tan sisa plastik yang ditinggalkan selepas kilang-kilang haram ditutup?

4. Jika lambakan sisa plastik tersebut terus dibiarkan tanpa tindakan segera pelupusannya, saya percaya ia boleh mengundang kesan yang buruk kepada kesihatan manusia terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan kilang-kilang terbabit.

5. Saya mengesa Kerajaan agar operasi penguatkuasaan dan pemantauan sentiasa ditingkatkan dan berterusan tanpa ada ketirisan agar kilang-kilang haram tidak beroperasi lagi dan sindiket penyeludupan sisa import plastik dapat ditumpaskan.

6. Dengan penubuhan Jawatankuasa Menteri oleh Jemaah Menteri sebelum ini dapat dimanfaatkan dengan mencari solusi dan jalan penyelesaian bersama dengan isu sisa plastik import agar Malaysia tidak terus menjadi tong sampah dunia.


“Islam Memimpin”

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ialah Ahli Parlimen Kemaman

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo