NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tsunami membadai ketika konsert rock Seventeen


JAKARTA, 15 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Sebuah video dramatik yang memaparkan kumpulan rock popular Indonesia, Seventeen dihentam tsunami ketika membuat persembahan di Pantai Anyer semalam, tular di media sosial.

Kumpulan pop rock yang juga terkenal di Malaysia dengan lagunya 'Selalu Mengalah' itu dilaporkan memenuhi jemputan dalam sebuah majlis tertutup di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten.

Salah seorang anggotanya, Bani disahkan terkorban dalam kejadian itu, manakala tiga lagi anggotanya masih hilang.

Dalam video yang dikongsi di media sosial, kumpulan Seventeen dapat dilihat sedang mengadakan persembahan di atas pentas dengan ramai peminat yang menyaksikannya, sebelum pentas roboh dihentam tsunami.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) melaporkan, jumlah kematian akibat tsunami itu meningkat dengan sekurang-kurangnya 168 orang terbunuh, 745 lagi cedera dan lebih 30 lagi hilang, dalam bencana meluas yang melanda rantau Selat Sunda itu.

Petunjuk awal tsunami itu dikatakan berlaku disebabkan runtuhan tanah di dasar laut akibat letusan gunung berapi, Anak Krakatoa pada malam Sabtu.

Turut tular ialah saat gunung berapi itu hendak memuntahkan lahar sehari sebelum ia menggegarkan wilayah terbabit.

Pihak berkuasa juga melarang orang ramai dan pelancong supaya tidak berada di pesisir pantai di sepanjang Selat Sunda sehingga 25 Disember ini. – Agensi



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo