Transkrip
Ucapan Pidato
Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
Himpunan Bantah ICERD
oleh: Fuad Ahmad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Takbir
Takbir
Takbir
Bangkit bangkit
Bangkit rakyat
Bangkit bangkit
Bangkit rakyat
Bangkit bangkit
Bangkit rakyat
Tolak tolak
Tolak ICERD
Tolak tolak
Tolak ICERD
Tolak tolak
Tolak ICERD
Tuan tuan
Ini baru signal awal daripada rakyat kepada Pakatan Harapan.
Sebab itu kita lihat penjajah Inggeris, dia tahu tentang hati budi orang Melayu. Bab agama tak boleh sentuh. Perjanjian Pangkor kita lihat, soal agama diberikan kepada raja-raja. Soal untuk uruskan ekonomi, soal khazanah bumi kepada residen Inggeris. Dia tahu sebab itu Inggeris memerintah lama.
Berbeza dengan komunis. Komunis 12 hari sahaja memerintah. Dia tak pandai jaga hati budi orang Melayu. Dia bakar surau, bakar masjid, buat penghinaan macam-macam.
Sebab itu tuan-tuan, ICERD ini bukan ratifikasi atau perjanjian nak jual popia goreng di Pekan Ahad, Changkat Jering, Bukit Gantang. Betul tak
Ini ialah perjanjian, bukan masa depan kita, bukan nasa depan sebahagian besar dari kalangan pimpinan yang ada pada hari ini tapi hari ini adalah perjanjian kalau kita lakukan bererti kita telah khianat amanah anak-anak kita yang masih dalam kandungan, macam tadi Dato Kamalia sebut cucu dia.
Anak-anak yang masih berumur 2 bulan, 3 bulan. Ini nasib masa depan dia untuk 50 tahun akan datang. Ini erti penentangan kita pada hari ini. Bukan masa depan saya, saya sudah 55 tahun tapi still 'young'. Bukan masa depan Dato Tajudin dan juga bukan masa depan Dato Seri Zahid Hamidi. Kita sudah umur 50 tahun ke atas. Nikmat hidup pun Tuhan dah banyak tarik, antaranya nikmat makan. Betul dak? Tapi kita nak cakap tentang masa depan anak-anak kita akan datang. Sebab tu kerajaan umur umat Muhammad ni tak panjang.
Nabi sebut
Ų£َŲ¹ْŁ
َŲ§Ų±ُ Ų£ُŁ
َّŲŖِŁŁ Ł
َŲ§ ŲØَŁْŁَ Ų§ŁŲ³ِّŲŖِّŁْŁَ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁŲ³َّŲØْŲ¹ِŁْŁَ
Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun
Sebab tu kerajaan bagi umur pencen 60 tahun tu elok, sempat makan pencen 3 bulan, mati
Maka sebab itu, ini erti kita berjanji, sebab itu bukan untuk kita dan tuan-tuan ICERD ini bukan ditentang oleh PAS sahaja, bukan ditentang oleh kami orang politik, orang Umno, orang yang ada kepentingan. Nu, Tun Hamid, bekas Ketua Hakim Negara tuan-tuan, Ketua Hakim Negara bukan duduk jual di kedai kopi biasa, bekas Ketua Hakim Negara, dia dalam keadaan uzur, bangun untuk menerangkan tentang bahayanya ICERD. siapa lagi?
Tan Sri Aziz Rahman, bekas Pengerusi MAS, pakar bahagian perundangan, dia kata sapa yang sokong ICERD gila. Bukan saya kata, dia kata
Maka sebab itu tuan-tuan yang saya hormati sekalian, kita bersatu atas dasar prinsip kita kerana kita yakin Islam boleh menjaminkan kedaulatan, Islam selamat, Melayu selamat. Islam selamat, India selamat. Islam selamat, Cina selamat. Islam selamat, Kadazan, Murut selamat InsyaAllah
Wabillahi taufik wal hidayah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Takbir!
-------------------
#TranskripH812
#HimpunanUmmah
#UstazIdris
No comments
Post a Comment