Oleh WAN NURHUSNA
SAFIYYAH
Berjalan sepanjang pesisir Pantai Kijal deruan ombak tak henti menghempas pasir pantai, air laut yang biru kehijauan dan sesekali terdengar camar berkicauan menenangkan hati.
Berjalan sepanjang pesisir Pantai Kijal deruan ombak tak henti menghempas pasir pantai, air laut yang biru kehijauan dan sesekali terdengar camar berkicauan menenangkan hati.
Meredah jauh perjalanan sepanjang lebih 500 kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan berpatah balik ke Kijal yang terletak di Kemaman tidak terasa penat selepas tubuh dilabuhkan ke pasir putih pantai yang indah dan air laut biru kehijauan.
Adapun musim cuti sekolah, negeri yang terkenal dengan penghasilan keropok lekor ini jadi tumpuan ramai, tidak kira pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Kijal sebelum ini terkenal dengan Resort Worlds, namun di sini juga terletaknya Darul Iman Training Center (DITC) yang mana tempat ini dahulu dikenali se bagai PUPUK yang dijadikan pusat latihan bina insan oleh kerajaan negeri.
Pada asalnya, PUPUK (kini DITC) hanya miliki beberapa unit bangunan kecil menempatkan kediaman peserta kursus, dewan, surau dan kemudahan riadah.
Namun ia telah dibina semula dengan bangunan kediaman bak resort dan hotel dimana fasiliti serta penginapan yang ada di sini setanding dengan hotel-hotel bertaraf lima bintang.
DITC miliki ‘private beach’ (pantai persendirian - Pantai Teluk Kalung) yang bersih malah cukup indah dan menawan.
Tatkala mata merenung jauh dari bilik mewah VVIP di tingkat 9 ke arah laut pada sebelah petang, deretan kapal-kapal nelayan dan kapal perdagangan melalui pesisir pantai Teluk Kalung ini.
Deruan ombak membadai di musim tengkujuh memainkan irama alam, batu-batu besar yang menjadi penyekat hempasan ombak laut menjanjikan kedamaian.
Bagi yang datang berkursus di sini, satu panorama indah bakal tersaji buat tatapan pancaindera, apatah lagi pantai di negeri ini sangat terkenal dengan kehijauan airnya dan bersih persekitarannya.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shuhaimi Embong, DITC menjanjikan kelainan kepada peserta kursus dan orang awam yang mahu menginap di sini.
Suasana yang damai, miliki pelbagai kemudahan seperti di hotel lain yang bertaraf tiga bintang, bagi yang suka aktiviti “jungle tracking” pula, di sebelah belakang DITC bukit dan hutan yang menghijau menjanjikan pengalaman berbeza untuk penggemar aktiviti pendakian.
Menurut Shuhaimi, DITC dalam proses “rebranding” dan baginya, tahun 2019 adalah tahun DITC keselesaannya bukan sekadar pusat latihan... penjenamaan semula syarikat milik kerajaan negeri ini.
Beliau berazam untuk menaikkan imej DITC termasuk miliki perancangan menjadikan DITC sebagai pusat latihan, pendidikan dan penginapan kepada pelancong dan pemilik kad keahlian.
Antara fasiliti bilik yang ditawarkan DITC adalah “Twin Sharing” yang menyediakan 2 katil bujang. Manakala bilik “Single” yang menyediakan 1 katil bersaiz “Queen”.
Menurut Ketua Eksekutif DITC, Mohd Shuhaimi Embong pihaknya menyediakan 16 bilik ‘Single’ dan 164 bilik ‘Twin Sharing’. DITC merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, menyediakan infrastruktur untuk latihan dan seminar.
Lokasinya yang menarik di tepi Pantai Teluk Kalong, menyajikan pemandangan dan suasana segar dan nyaman kepada pengunjung dengan jarak hanya 13 km daripada Bandar Chukai, Kemaman.
DITC menyediakan sewaan bilik untuk kursus dan seminar, selain sesuai untuk majlis jamuan perkahwinan. Dewan berhawa dingin dilengkapi sistem bunyi dan tayangan mampu memuatkan 1000 orang dalam satu masa.
Maklumat lanjut dan urusan tempahan boleh hubungi DITC ditalian 09-863 3606 atau 013- 950 8485 (Pn Nazliza) atau 019- 9288669 (Afdha) atau emel ke booking.ditc@gmail.com
No comments
Post a Comment