NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Petani Dan Peniaga Perlu Celik Revolusi Industri 4.0

Oleh: Afiq M. Zaid

BESUT, 17 Disember - Revolusi Industri (RI) 4.0 perlu dimanfaatkan oleh setiap individu khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian bagi mengurangkan penggangguran.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, RI 4.0 yang telah diadaptasikan di negara-negara maju seperti Jepun mampu memberi peluang kepada petani dan usahawan baru.

"RI ini telah diamalkan di Jepun tapi tidaklah mengurangkan tenaga kerja sampai orang mengganggur.

"Ianya kerana revolusi ini dimanfaatkan oleh semua individu dan mereka membangun bersama industri (keusahawanan dan pertanian)," ujarnya.

Katanya, beliau mengharapkan petani juga tidak ketinggalan dalam pembaharuan industri ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kedai Pertanian ZMTanijaya di Program Keusahawanan Pertanian di Alor Lintang, Besut baru-baru ini (14 Disember).

Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, ianya juga perlu diadaptasi dalam perniagaan.

"Asasnya sebagai contoh, peniaga ini ada kedai, dan bila RI 4.0 berjalan dengan baik, perniaga-peniaga tak perlu ke kedai. Orang boleh beli di mana sahaja, dengan telefon pintar dia boleh 'order' dan barang boleh dihantar terus.

"Jadi, anak muda khususnya perlu bangunkan bisnes kita ini supaya seiring dengan RI 4.0," jelasnya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2018/12/petani-dan-peniaga-perlu-celik-revolusi.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo