NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD: Coretan rasa Cikgu Mala


Ramai sebenarnya teruja nak hadir ke Himpunan Keamanan Bantah ICERD .

Di kawasan tempat saya tinggal ,terutama peneroka dari Felda Redong dan Felda Pemanis,mereka masih belum menerima hasil pendapatan sawit lagi.


Dari Felda Medoi dan tempat lain lagi , ada yang ingin pergi ke himpunan 8 Disember esok tetapi harga getah yang jatuh merudum menyebabkan hasrat murni terpaksa difikirkan semula..

Di sesetengah tempat ,harga getah beku baru mencecah RM 1.90 se 1 kg .
Mereka juga teringin nak pergi,tapi belum dapat duit pendapatan bulan ni..

Di Felcra Sekijang ,pendapatan sara hidup masih belum diterima walaupun hampir 2 bulan lamanya ..

Di Felda Kemelah ,mungkin begitu juga tetapi saya tidak begitu pasti..

Mereka berharap dapat duit dan hasil pendapatan atau sara hidup diperolehi supaya mereka boleh hadir ke himpunan aman esok .

Jadi,bolehlah mereka pergi bersama jika semua impian dan hajat dapat ditunaikan hari ini oleh pihak yang berautoriti.

Lihatlah..

Sungguh tinggi azam mereka ,walaupun segelintir antara mereka sudah bergelar warga emas dan semakin sudah tua ..

Anda yang muda belia bagaimana pula ...?

Jom ,..inilah masanya kita buktikan keprihatinan kita ..

Di kawasan anda ,jika mungkin anda dalam keadaan uzur dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk bermusafir jauh ,mungkin tuan /puan boleh sponser atau membantu menampung tambang,tol minyak bagi sahabat yang ingin pergi,atau mungkin juga boleh pinjamkan kenderaan untuk ke Himpunan Aman Bantah ICERD .

Mungkin juga boleh meringankan tanggungan sahabat yang ingin pergi dengan mengikuti rombongan bas di kawasan -kawasan .

Mungkin juga , paling tidak bantu titipkan kiriman doa agar mereka yang ingin pergi dipermudahkan segala urusan serta doakan agar selamat pergi dan kembali .


Hubungi saya jika anda ingin menaja permusafiran mereka..

Masih belum terlambat untuk berbuat demikian ...

Moga segala amal bakti di dunia menjadi 'SAHAM AKHIRAT' buat kita di perkampungan Akhirat sana...

Atas segala keprihatinan,pengorbanan ,sumbangan dan kemurahan hati tuan puan selama ini, hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalasnya ..di dunia dan di Akhirat..

"Jika tidak sekarang ,bila..?"
"Jika tidak di sini,di mana..?"
"Jika kita,siapa...?"

Jom ke Himpunan Aman Bantah ICERD pada 8 Disember 2018 di Dataran Kuala Lumpur ..

Kita jumpa di sanaa....

"TOLAK ICERD!"

"BANTAH ICERD!"

Nukilan rasa:


Normala Sudirman
Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor
Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis (bagi Parlimen Sekijang).
7 Disember 2018 /29 Rabiul Awwal 1440 H.
Tel: 0183839167

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo