NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan 812 sejarah baru buat negara




Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 1 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya meluahkan rasa syukur dan gembira terhadap kejayaan Himpunan 812 yang telah menghimpunkan lebih 300,000 orang Melayu dan Bumiputera dari seluruh negara, semalam.

Beliau berkata, satu sejarah telah tercipta apabila ratusan ribu orang Melayu berkumpul dalam perhimpunan mega seumpama itu, dengan membawa satu suara supaya kedaulatan Islam dan kepentingan bangsa terus dipelihara.

Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, mesej himpunan itu jelas supaya pihak kerajaan tidak menyentuh lagi soal agama dan hak orang Melayu, yang boleh menimbulkan kebimbangan.

"Jangan biarkan agenda Barat memasuki dan mempengaruhi polisi negara, termasuk tujuan untuk meratifikasi sebarang konvensyen antarabangsa.

"Kita hanya mahu kerajaan peka dengan suara orang Melayu dan Bumiputera. Perhimpunan semalam adalah 'signal' untuk mereka lebih cakna, bahawa kita orang Melayu tidak hanya diam apabila hak serta kepentingan kita dicabuli," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Himpunan 812 adalah kemuncak daripada beberapa siri perhimpunan aman anjuran UMMAH, gabungan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara, bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Dianggarkan kira-kira sejuta peserta dari seluruh negara menghadiri himpunan mulai jam 3 petang ini hingga jam 6 petang. Peserta tiba di ibu negara sejak semalam dan mula berkumpul di sekitar Dataran Merdeka seawal jam 5 pagi tadi.

Pada masa sama, Aminuddin turut berterima kasih kepada semua pihak, terutama polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), NGO dan peserta yang hadir serta menyokong perhimpunan berkenaan.

"Kita yakin, jika kehadiran tidak mencecah sejuta orang pun, tetapi pastinya ia ke arah angka itu. Kami menghargai usaha peserta yang sanggup datang dari jauh dengan berbasikal dan bermotor.

"Tidak kurang mereka yang datang seawal jam 5 pagi demi menzahirkan semangat kesatuan ummah ini. Apa yang berlaku membuktikan ia adalah himpunan aman, tiada kekecohan dan provokasi berlaku," katanya.








No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo