NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

100 dalil gabungan PAS-Umno bakal tumbangkan PH




NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
18 SEPTEMBER 2018
Apa relevannya untuk PAS sebagai Parti Islam terbesar dan Umno sebagai parti Melayu terbesar bergabung
Dengan pengumuman daripada Presiden Pas Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri di Himpunan Ummah di Pasir Salak, Perak telah mengesahkan ura-ura penggabungan bersejarah diantara parti Pas dan Umno 
Himpunan yang dihadiri tidak kurang dari 30,000 rakyat dari seluruh negara pada 18 November 2018 dan bakal diteruskan ke seluruh negara serta kemuncaknya iaitu pada 8 Disember 2018 di Kuala Lumpur
Ye memang benar Pas sebagai pembangkang sebelum PRU 14 lantang mengkritik kerajaan pimpinan Umno berkaitan isu-isu pengurusan dan kepimpinan negara serta lain-lain isu
Ye memang benar Pas sebelum ini semasa di dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU 13 bekerjasama bahkan menyokong kepimpinan DAP dan PKR selepas memeterai perjanjian kerjasama politik diantara parti komponen
Tetapi PAS bertindak keluar meninggalkan Pakatan Rakyat selepas parti komponen DAP telah melanggar perjanjian dan membelakangi parti Pas iaitu bermula daripada peristiwa 'langkah kajang' untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen dan sebagainya
Walaupun Pas sedar akan risiko  kekalahan pada PRU 14 tetapi matlamat tidak akan sekali-sekali menghalalkan cara
Lalu Pas dengan yakin bertanding dengan bilangan kerusi yang banyak dengan harapan pengundi Melayu akan berubah angin dari menyokong Umno dan bersatu kembali di bawah Pas demi Islam
Tanpa disangka iaitu 55% dari 65% jumlah pengundi Melayu yang mengundi Umno dan Pas semasa PRU 13 telah menurun kepada hanya 45% ataupun seramai 20% yang tidak menyokong Umno dan Pas dari hanya seramai 10% sahaja semasa PRU 13
Sebahagian pengundi Melayu atau seramai 20% daripada 65% jumlah pengundi Melayu telah berjaya dimanipulasi dengan isu-isu seperti 1MDB, derma 2.6 billion, isu cincin, beg tangan, pembunuhan Altantuya, kapal selam Scorpene, isu Permata dan lain-lain
Isu-isu tersebut telah dimainkan berulang-ulang kali melalui medium-medium baharu iaitu internet dan media sosial yang dipelopori pergerakan Invoke yang diketuai Rafizi Ramli yang kemudiannya didakwa di mahkamah akibat menfitnah
Pengundi-pengundi ada yang tidak menyedari bahawa isu 1MDB dan sebagainya adalah mula-mula dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP
DAP memainkan peranan disebalik tabir menggunakan parti Melayu seperti PKR, Bersatu dan Amanah untuk menguasai Dewan Rakyat melalui bilangan kerusi Parlimen yang semakin meningkat dari siri PRU 12, 13 dan seterusnya PRU 14
Masih bermain di fikiran sebahagian pengundi Melayu ini bahawa parti DAP tidak boleh menguasai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang dijawat bangsa Melayu kononnya
Tanpa menyedari peranan sebenar kuasa politik ialah bilangan kerusi di Parlimen dan bukannya jawatan di dalam Parlimen terutamanya apabila sesuatu usul dibahas dan dibuat pengundian
Ye memang benar hanya bilangan kerusi 2/3 ahli parlimen sahaja yang membolehkan sesuatu perkara di dalam Perlembagaan dipinda
Tidak mereka sedari bahawa tanpa meminda Perlembagaan pun sesuatu perkara berkaitan kandungan Perlembagaan boleh sahaja dicabar dan dibahas di Parlimen
Seperti yang telah berlaku apabila Yang Di-Pertuan Agong enggan menerima perlantikan Perdana Menteri kerana tidak mewakili parti terbesar dan perlantikan Peguam Negara dari bukan Islam
Walaupun Majlis Raja-Raja telah bersidang akan tetapi apabila terdapat sokongan sebulat suara dari semua ahli Parlimen, maka usul tersebut 'terpaksa' juga diluluskan demi menjaga maruah Raja-Raja yang memegang prinsip berkecuali sehingga keadaan darurat berlaku
Maka Majlis Raja-Raja yang diketuai Yang Di-Pertuan Agong terpaksa berputih mata atau berkorban walaupun mereka tahu siapa yang berada di pihak yang benar
Seperti juga yang berlaku di Perak dimana Sultan Perak Raja Nazrin Shah 'terpaksa' memperkenan barisan exco negeri Perak yang dikuasai ahli parlimen DAP
Manakala Sultan Johor bertindak tegas dengan enggan memperkenan barisan exco yang juga dikuasai ahli parlimen DAP, membawa kritikan kepada penglibatan Kesultanan Johor di dalam projek 'Forest City' dan sebagainya
Bukankah jelas berlaku penghinaan keatas Institusi Diraja negara ini? Jadi dimana relevannya peruntukan Hak Raja-Raja di dalam Perlembagaan jika mereka diheret dan dipaksa sebegitu rupa?
Jadi janganlah masih mempercayai kata-kata yang kononnya negara ini masih ada Raja Perlembagaan dan Peruntukan 153 khasnya tidak akan diganggu atau dicabar mana-mana pihak
Perlembagaan tidak ubah seperti undang-undang yang boleh sahaja dicabar atau diingkari mana-mana pihak, persoalannya siapa yang dikenakan tindakan atau tidak sahaja
Mereka ini berjuang kononnya atas prinsip hak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih dan progresif tetapi sebenarnya membawa agenda yang lebih utama tanpa disedari pengundi
Agenda-agenda sepertimana yang sedang berlaku di seluruh dunia iaitu memusuhi Islam sedikit demi sedikit menampakkan niat sebenar mereka berjuang di dalam arena politik negara
Disokong kuasa besar dunia melalui NGO dan Pertubuhan dari PBB yang memang jelas mahu melihat Islam dihapuskan sedikit demi sedikit dari negara Afghanistan, Iraq, Libya, Lubnan, Syria, Mesir, Qatar dan akan datang Turki serta Arab Saudi
Agenda mereka akan dimulai dengan mengubah pemikiran umat Islam kepada pemikiran moden yang melebihkan kepentingan duniawi daripada akhirat
Pemikiran dimana agama Islam hanya terhad dan patut diamalkan di masjid-masjid sahaja, tidak diamalkan secara menyeluruh yang sepatutnya diamalkan sebagai sebuah negara Islam
Mereka sebenarnya takut akan kebangkitan Islam yang dijanjikan Allah S.W.T kerana terpedaya dengan kempen 'Islam Pengganas' yang dimulai George W. Bush keatas Afghanistan dengan bermodalkan peristiwa 9/11 dan menggunakan alasan memburu Osama Laden dan Al Qaeda
Kaedah sama juga diambil dan dipelajari oleh Tun Mahathir untuk menjatuhkan musuh politiknya Dato Seri Najib Razak dengan bermodalkan 1MDB dengan alasan memburu saksi utama Jho Low
Tun Mahathir bukan bermusuh dengan Dato Seri Najib kerana salahguna dana 1MDB akan tetapi adalah kerana kebijaksanaan DSNR berjaya membeli IPP janakuasa yang dikuasai kroni Tun M dengan cara memaksa mereka membida dengan harga paling rendah untuk mendapat kontrak dari TNB
Maka segala kepentingan bangsa dan agama ditolak demi untuk menjaga kebajikan kroni Tun M sekaligus menjaga kebajikan dan kepentingan pegangan saham keluarganya
Manakala parti seperti DAP yang mulanya adalah PAP yang kemudiannya diharamkan, yang konsisten semenjak peristiwa 13 Mei 1969 dan pemisahan Singapura, menentang agama Islam serta mengambil peluang yang mereka idamkan dengan menggunakan bangsa Melayu sendiri untuk menjatuhkan agama Islam
Mereka masih menyimpan dendam dan agenda untuk menguasai negara ini melalui kuasa politik setelah gagal melakukannya melalui Presiden parti PAP Lee Kuan Yew diatas kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman
Tunku dengan bijak mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan Singapura untuk keluar dari Malaysia setelah beberapa siri rusuhan berdarah antara kaum di negara itu akibat penindasan bangsa Melayu
Lihat sahaja kelakuan Lee Kuan Yew yang sanggup berkawan baik dan mengikuti kemana sahaja Tunku berada sehingga dianggap rakan karib dan dilihat bakal menggantikan parti MCA  sebagai parti utama bangsa Cina di Malaysia
Bayangkan jika Singapura masih bersama Malaysia sudah tentunya mereka akan menguasai kerusi Parlimen Dewan Rakyat memperjuang kepentingan bangsa Cina dan India sahaja sepertimana yang DAP telah berjaya lakukan sekarang
Janganlah sesekali meletakkan kepercayaan anda terutamanya jika anda adalah seorang Muslim kepada orang bukan Islam terutamanya dari parti DAP
Ini bukan soal bangsa atau etnik akan tetapi soal agama Islam melarang sekeras-sekerasnya di dalam Al Quran yang jelas melalui Surah Al Imran akan memilih pemimpin dikalangan kufar atau kafir untuk berada diatas kepimpinan umat Islam
Walau kononnya mereka itu sangat hebat mengurus kewangan negara kerana semua itu boleh dilakonkan sebaik mungkin, apatah lagi jika mereka sebenarnya tidaklah sehebat yang disangka apabila dengan jelas gagal dalam membaik pulih ekonomi yang kononnya telah dirosakkan
Justeru penyatuan Pas-Umno amat diperlukan bahkan wajib demi menghalang usaha DAP untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura yang kononnya jauh lebih maju walaupun 'kemajuan' tersebut hanyalah dikuasai oleh kaum Cina sahaja
Pas dan Umno hanya memerlukan 11 kerusi sahaja dari parti PKR blok Anwar-Rafizi di Parlimen untuk membentuk majoriti mudah 112 kerusi menjelang PRU 15 atau jika diizinkan Allah S.W.T lebih awal
Demi menyekat kemaraan parti DAP yang menggunakan parti PKR, Bersatu dan Amanah untuk menguasai Parlimen Malaysia untuk menjatuhkan Institusi Agama Islam dan Kesultanan Islam negara
Bukti-bukti 'kejahatan' ahli-ahli Parlimen DAP kini amat jelas dan terang menyalahguna kuasa sebagai Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen Dewan Rakyat seterusnya berusaha meminda berbagai peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang dinikmati kaum Bumiputra selama ini
Penyokong Pas dan Umno harus melihat ini sebagai hikmah terbesar untuk memungkinkan bersatunya dua parti terbesar Melayu Islam serta tidak lagi memikirkan agenda parti sahaja
Ini ialah peluang dan masa yang amat tepat dan sesuai untuk mengenepikan segala krisis dan dendam yang selama ini dimain serta ditiup musuh sebenar umat Islam iaitu DAP semasa bersama di dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat
Jika benarlah segala pertuduhan salah guna kuasa oleh kepimpinan Umno biarlah masa menentukannya kerana dikhuatiri ianya hanyalah fitnah politik untuk menjatuhkan kepimpinan Islam oleh musuh-musuh Islam
Teruskan penyatuan umat Islam sebagaimana usaha Umno untuk membina prasarana ibadat untuk Islam dan Pas mengimarahkannya
Sebagaimana indahnya kebanyakan masjid dan surau di negara ini yang dibiayai Umno melalui penguasaan politik dan hebatnya syariat Islam yang dibawa pihak Pas untuk memastikan masjid berada di landasan yang benar dan kukuh
Sebagaimana indahnya penyatuan ahli jawatankuasa masjid di negara kita dimana jawatan-jawatan seperti pengerusi, setiausaha dan bendahari dijawat penyokong Umno dan jawatan seperti imam, naib imam, bilal dan siak dijawat oleh penyokong Pas
Fokusnya ialah untuk memastikan masjid sentiasa diberkati dengan solat berjemaah setiap waktu serta majlis-majlis ilmu pada setiap hari berterusan untuk diwarisi generasi bangsa dan mengelakkan murka serta bala Allah S.W.T
Ingatlah bahawa masjid-masjid dan surau-surau ialah benteng terakhir umat Islam, jangan kita menjadi penolong kepada musuh Islam yang pastinya memusuhi akan kebangkitan Islam sepertimana yang berlaku semenjak malaikat Azazil dilaknat menjadi Iblis dan membuat perjanjian untuk menyesatkan manusia
Musuh-musuh Islam tahu jika masjid-masjid berjaya dipenuhi pada setiap waktu solat terutamanya waktu Subuh dan waktu Maghrib, maka sudah terlambat bagi mereka untuk menggunakan cara halus dan tiba masa terpaksa pula menggunakan kaedah peperangan
Tidak seperti di negara-negara Asia Barat, negara-negara Islam di Asia tenggara terutamanya Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak akan berani disentuh secara peperangan oleh kuasa Barat kerana ianya pasti membawa penglibatan kuasa-kuasa besar seperti China, Russia, Korea Utara dan Iran yang menjaga kepentingan laluan perdagangan mereka melalui laluan timur barat tersibuk dunia iaitu di Selat Melaka
Berbeza dengan bangsa Arab yang terkenal dengan kekerasan, bangsa Melayu amat sukar dilaga-lagakan sehingga ketahap membunuh sepertimana yang berlaku di Asia Barat iaitu pembunuhan diantara Sunni dan Syiah seterusnya membuka peluang untuk musuh Islam menguasai melalui proksi mereka
Bangsa Melayu ialah bangsa yang paling unik di dunia kerana sifatnya yang memendam rasa, bangsa yang tinggi tahap kesabarannya, bijak dan menyimpan kukunya pada masa sesuai (amuk) yang masih misteri serta tidak terdapat pada bangsa atau kaum lain di dunia
Lihat sahaja peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana kaum Melayu dari pelusuk negara turun membantu penduduk Kg Baru yang dikepung kongsi gelap Cina yang memenangi pilihanraya dan sekaligus mengamuk dan membunuh semua kaum Cina di Kuala Lumpur dengan hanya bersenjatakan parang dan pisau sahaja
Bangsa Melayu tidak akan sama sekali sanggup membunuh saudara sebangsa mereka apatah lagi seagama hatta jika penganut Syiah tegar sekalipun
Maka dengan itu musuh-musuh Islam berhabis-
habisan di dalam menyerang pemikiran bangsa Melayu kononnya ialah kaum yang lemah kerana masih mahu 'berlindung' di belakang Ketuanan Melayu dan Raja-Raja Melayu 
Mereka amat mencemburui sifat tenang dan bijak bangsa Melayu walau dicabar atau diprovokasi sehebat mana pun, tetap tidak terbawa-bawa hingga saling berbunuhan
Jika anda masih mahu menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang jelas dikuasai oleh DAP yang memusuhi Islam secara terang-terangan, maka jangan salahkan generasi anak-anak anda jika kelak mereka tidak teragak-agak menganuti agama lain kerana tidak lagi tahu kemana hendak dituju bila mereka memerlukan Ustaz, Ulama', Masjid serta Surau.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/100-dalil-gabungan-pas-umno-bakal-tumbangkan-ph-1.881085

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo