KUALA LUMPUR – Tindakan kepemimpinan DAP 'mengunci mulut' terhadap kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membayangkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 mungkin dikekalkan menimbulkan pelbagai persoalan kepada orang ramai tentang pendirian parti itu.
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, hal demikian ini kerana Ahli Parlimen Iskandar Puteri merangkap Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka mengatakan OSA sudah ketinggalan zaman sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula.
"Kit Siang berulang kali menekankan OSA yang dilihat 'usang' dalam era maklumat ketika ini perlu digantikan dengan akta lain. Sekarang Dr. Mahathir telah mengumumkan OSA kekal, adakah DAP berani mempertahankan pendiriannya?
"Lebih penting lagi, Pakatan Harapan (PH) telah menyatakan dengan jelas dalam manifesto mereka untuk menghapuskan undang-undang yang menindas. Adakah DAP berani menentang pengabaian Dr. Mahathir terhadap sentimen orang ramai?" soalnya dalam satu kenyataan, hari inin. – UTUSAN ONLINE
No comments
Post a Comment