NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: MB hargai usaha semua pihak yang bantu tragedi KKC



Tragedi KBC Kemaman : Penghargaan Kerajaan Negeri Terengganu

Saya telah dihubungi oleh Encik Sanjay Grover, Ketua Pegawai Eksekutif Kemaman Bitumin Company (KBC) hari ini. Beliau memaklumkan bahawa operasi pemadaman api di KBC Teluk Kalong telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu dan Pahang, Pengurusan dan petugas Syarikat Air Terengganu (SATU), Pengurusan Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB), Hospital Daerah Kemaman, Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Anggota Emergency Response Team (ERT) KBC dan KSB, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Kemaman Emergency Mutual Aids serta semua pihak yang terlibat membantu dalam operasi ini.

Kepada mangsa yang terlibat dengan kemalangan tersebut, saya mendoakan agar cepat sembuh dan tabah dengan ujian ini.

YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
7 Julai 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo