NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM Tahan Najib



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang Selasa. Najib ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai SPRM di kediamannya di Langgak Duta. 

Beliau kemudiannya dibawa keluar meninggalkan kediaman berkenaan dengan kenderaan SPRM. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan perkara itu kepada media.

Beliau juga memaklumkan dirinya sedang berjumpa dengan ketua polis negara ketika ini.

"Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi," katanya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo