NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR bincang PRK Sg Kandis


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis pada 9 Julai ini.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat itu dibuat setelah mendapat makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis berikutan kematian penyandangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mat Shuhaimi bin Shafiei pada 2 Julai 2018.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Y.Bhg Tan Sri Othman bin Haji Mahmood yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Mesyuarat tersebut dilaporkan akan berlangsung di Ibu Pejabat SPR, di Menara SPR, Putrajaya jam 10 pagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo