NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengasuh Adam Hayqal didakwa


Pengasuh berusia 33 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Selayang.

Namun, belum dapat dipastikan sama ada wanita berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh atau sebaliknya.

Sebelum ini, pengasuh terbabit ditahan bersama rakan serumahnya berusia 36 tahun di rumah sewa mereka selepas polis melakukan pemeriksaan di kediaman itu kerana meragui keterangan diberikan suspek.

Bagaimanapun, rakan serumah suspek dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin, selepas didapati tidak mempunyai kaitan dengan kematian bayi berkenaan.

NSTP melaporkan Adam Rayqal didakwa hilang selepas pengasuh itu dikatakan tersalah menyerah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di rumah terbabit pada jam 6.30 petang.

Siasatan polis menemui mayat bayi itu yang lengkap berpakaian serta dibalut kain lampin disumbat dalam beg berwarna hijaun sebelum disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, pada jam 11 malam selepas mendapati terdapat keraguan pada keterangannya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo