NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin Islam jangan jadi pengkhianat


“Rakyat negeri ini mesti behati-hati dan berwaspada supaya kesinambungan kerajaan atau keutuhan kita (PAS Kelantan) dapat dipertahankan.Mana ada satu negeri di Malaysia yang bersih dan bebas korupsi berbanding Kelantan?

KOTA BHARU 10 Julai - Beberapa pemimpin Islam di negara ini dinasihatkan agar jangan menjadi tali barut mahupun pengkhianat terhadap agama sendiri.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penyertaan orang Melayu dalam DAP di negeri ini berpunca akibat pengkhianatan pemimpin yang lari daripada landasan parti yang memperjuangkan Islam.

Oleh itu, Che Abdullah berharap rakyat negeri ini perlu sentiasa berwaspada dan jangan sesekali mempertaruhkan maruah agama dan bangsa.

“Rakyat negeri ini mesti behati-hati dan berwaspada supaya kesinambungan kerajaan atau keutuhan kita (PAS Kelantan) dapat dipertahankan.

“Mana ada satu negeri di Malaysia yang bersih dan bebas korupsi berbanding Kelantan?

Kerajaan (DAP) Pulau Pinang sudah terpalit dengan isu rasuah (beli rumah di bawah harga pasaran) walaupun belum pernah disabit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo