NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan PH gagal tunai janji pengundi muda



PASIR PUTEH - Pembohongan Kerajaan Pakatan Harapan semakin menonjol apabila manifesto dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) gagal dilaksanakan seperti yang dijanjikan kepada Rakyat. 

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, janji yang ditawarkan menerusi manisfeto itu menyebabkan majoriti pengundi muda terpedaya untuk melihat perubahan dalam pentadbiran negara. 

Menurutnya, kegagalan memansuhkan bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPN), memansuhkan bayaran tol dan menurunkan kadar harga minyak dengan tampungan subsidi kerajaan menyebabkan sebilangan besar pengundi muda kesal tersilap memberi mandat. 

"Banyak tuntutan dan perubahan yang dirancangkan termasuk tidak menghormati penggunaan Bahasa Kebangsaaan dalam urusan rasmi kerajaan dan lain-lain perubahan perlu menjadi titik kesedaran kepada rakyat. 

"Kita khuatir kepimpinan negara hanya menjadi kuda tunggangan pihak tertentu untuk merealisasikan impian dan perjuangan politik mereka termasuk berusaha mengubah perlembangaan yang tidak serasi dengan selera mereka," katanya. 

Asyraf berkata, UMNO masih releven dalam arena politik negara kerana perjuangannya yang membawa denyut nadi rakyat sekali pun mendapat kekangan kerajaan baharu. 

"Kita menghormati keputusan rakyat dan sedar kuasa kerajaan adalah pilihan rakyat sendiri. UMNO akan mengorak langkah baharu sebagai pembangkang yang kuat dan tegas. 

"Manakala rakyat perlu menilai kembali tekanan, kekangan dan janji-janji yang gagal ditunaikan oleh kerajaan semasa dalam skop yang global dan seharusnya tidak tersilap pilih kerajaan pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Kompleks UMNO Uthmaniyah Pulau Lima, di sini hari ini. 

Pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandangnya, Datuk Zawawi Othman dicabar Mohd. Agil Awang dan bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Muhammad Yusri Ismail. 

Manakala Asyraf menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian berkenaan. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo