NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam & Melayu Terancam-UMMAH Ketuai Himpunan 300 NGO



Orang perseorangan, wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil-wakil parti politik dan tokoh-tokoh masyarakat yang prihatin terhadap isu-isu yang mengancam kedudukan hak-hak Melayu, Bumiputera dan umat Islam telah menghadirkan diri bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Himpunan Kebangkitan Ummah Malaysia Baharu Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14): Islam dan Melayu Terancam yang akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada Sabtu, 28 Julai 2018.



Acara bermula seawal 9 pagi hingga 2 petang. Himpunan ini dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang mewakili lebih daripada 300 NGO antara lain juga bagi menunjukkan bantahan terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).


Timbalan Ketua Sekretariat UMMAH, Kamaruzaman Mohamad berkata selain daripada isu UEC yang jelas mengancam kedudukan Bahasa Kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Agama Islam juga terancam dan orang ramai harus bangkit mempertahankannya.

“Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah mengenai isu UEC yang mana kedudukan Bahasa Melayu sebagai taraf Bahasa Kebangsaan juga terancam. Pada masa sama, banyak isu-isu melibatkan agama Islam yang timbul.

“Ia seolah-olah cuba jejas kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam, jadi himpunan ini akan beri signal kepada kerajaan yang ada niat untuk sentuh isu ini dan umat Islam perlu bangkit pertahan hak mereka,” katanya.

Himpunan tersebut juga didokong oleh MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) yang antara lain menyangkal dakwaan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang menyatakan bahawa golongan yang menentang UEC adalah ‘prejudis’, ini suatu kenyataan seorang Menteri yang menghina pejuang bahasa, pendidikan dan sejarawan.

Sumber: https://www.menara.my/islam-melayu-terancam-ummah-ketuai-himpunan-300-ngo/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo