NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar Tetap Pm Kelapan – Guan Eng


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan melepaskan jawatan sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri, itu kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Beliau (Wan Azizah) akan melepaskan jawatan (selepas Tun Mahathir letak jawatan). Kami belum putuskan siapa bakal Timbalan Perdana Menteri baharu.

"Kita menantikan input daripada Perdana Menteri dan beliau akan memutuskan perkara itu," kata Guan Eng dalam temubual bersama Assosicate Press (AP).

Tambah Guan Eng semua parti komponen Pakatan Harapan sudah mempersetujui perlantikan Anwar selaku Perdana Menteri ke-8 dan ia akan tetap dipatuhi.

"Persoalannya kini adalah soal masa peralihan. Ia mungkin akan berlaku awal atau lewat namun kami akan menyelesaikan perkara itu.

Guan Eng berkata meskipun ramai pihak melihat akan wujud ketidaktentuan akibat pertukaran pemimpin dalam tempoh masa singkat, namun bagi beliau perspektif berbeza dilontarkan.

"Pada saya ia sepatutnya memberikan keyakinan kerana ia pelan peralihan yang jelas. Semua orang tahu siapa bakal gantikan jawatan nombor satu itu," katanya.

Beliau pada masa sama menegaskan kerjasama Pakatan Harapan yang merangkumi ahli politik yang pernah bermusuh suatu ketika dahulu adalah demi kepentingan negara dan rakyat. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo