NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Projek Hotel Depan Masjid Dikaji Semula

HULU TERENGGANU – Projek kontroversi yang turut menjadi isu hangat pada PRU14 lalu iaitu pembinaan bangunan hotel tujuh tingkat di kawasan Masjid Sultan Mahmud, di sini, akan dikaji semula kesesuaiannya.

Adun Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata, kemungkinan besar projek itu tidak lagi dijadikan hotel sebagaimana pelan asal sebaliknya akan dibina atau dibangunkan sebagai pusat perkembangan Islam.

"Kita akan kaji balik projek hotel tujuh tingkat yang kini dalam proses pembinaan. Oleh kerana sedang dibina sudah empat tingkat, mungkin setakat itu sahaja atau sekadar lima tingkat.

"Itu pun kita akan kaji semula dari segi perundangan dan akan adakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan semua pihak terlibat. Kita perlukan masa untuk perkara ini kerana libatkan banyak pihak serta faktor.



"Mungkin bangunan dibina akan direndahkan (bukan tujuh tingkat). Kemungkinan besar tidak akan dibina hotel lagi sebaliknya dijadikan pusat pembangunan Islam seperti pusat tahfiz atau penempatan anak yatim.

"Keputusan tidak boleh dibuat secara melulu, kena lihat banyak sudut dan perundangan, tambahan pula Pas baharu lagi tadbir Terengganu sebagai kerajaan negeri selepas menang PRU14 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian sewaktu Majlis Rumah Terbuka Adun Kuala Berang di Taman Kenanga, di sini, kelmarin yang dimeriahkan kehadiran kira-kira 4,000 pengunjung pelbagai peringkat umur. – SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo