NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Lanjut tempoh bayar cukai tanah tanpa denda hingga Oktober



KENYATAAN AKHBAR
AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
6 Jun 2018

MELANJUTKAN TEMPOH BAYARAN CUKAI TANAH TANPA DENDA.

Kami menerima banyak aduan daripada rakyat yang tidak sempat untuk membayar cukai hasil tanah kerana tarikh tamat pembayaran tersebut pada 31 mei 2018.

Oleh itu, kami bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda di semua daerah sehingga 31 OKTOBER 2018. Kami mengharapkan dengan keputusan ini, rakyat berpeluang menunaikan tanggungjawab pembayaran tersebut, khusus selepas ramadan dan perayaan Aidilfitri.

Keputusan ini dibuat untuk memudahkan rakyat dan mengurangkan rasa tertekan dan terbeban. Kami mengharapkan mereka yang belum bayaran cukai hasil tanah atau tunggakkannya supaya jangan menangguh-menangguh sehingga tamat tempoh. Kami lanjutkan sehingga 5 bulan agar semua pihak yang berkenaan bersegera menunaikan tanggungjawab untuk kebaikan negeri ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo