NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sidang Meja Bulat Malaysia Baru Menuju Kelantan Sejahtera kemuka dua isu besar kepada Kerajaan Kelantan


Dua isu besar yang perlu ditangani secara menyeluruh dan kerajaan Kelantan sekian lama mengambil tanggungjawab untuk menanganinya.

Dua isu pokok berkenaan ialah isu air dan isu kebersihan yang mempunyai pelbagai masalah dan kekangan yang perlu diselesaikan.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin sewaktu menyempurnakan perasmian penutupan Sidang Meja Bulat Malaysia Baru Menuju Kelantan Sejahtera anjuran Pertubuhan Graduan dan Intelek Kelantan, i-Grad yang berlangsung di Kota Bharu.

Persidangan yang berjaya mengumpulkan hampir 60 orang peserta itu disertai oleh pelbagai golongan profesional anak Kelantan yang terdiri daripada sejumlah pakar dalam bidang masing-masing.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi.

Persidangan itu dikendali sepenuhnya oleh Dr Zulkufli Zakaria, anak Kelantan yang 14 tahun menetap di Australia dan menjadi konsultan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat, agensi dan sebagainya, bukan sahaja di dalam negara, bahkan khidmatnya turut diguna oleh pihak luar negara.

Persidangan ini berjaya menghasilkan pelbagai analisis bagi tujuan membangunkan Negeri Kelantan dalam pelbagai bidang dan sektor. Resolusi sidang ini kelak akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo