NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor: MB umum bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji dibayar selepas Aidilfitri



KERAJAAN Selangor mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji membabitkan nilai sejumlah RM31. 2 juta kepada 17,109 penjawat awam negeri ini sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan di Selangor.

"Pembayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan kakitangan Persekutuan berkenaan akan dibuat serentak pada 25 Jun ini.

"Peruntukan ini dibayar selepas Aidilfitri berikutan kita tidak mahu penjawat awam berbelanja berlebihan dalam menyambut Aidilfitri,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan bersama Menteri Besar Selangor di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam, hari ini.










Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, sebanyak 10 peratus daripada bantuan khas kewangan yang dinikmati penjawat awam gred 44 akan disumbangkan ke Tabung Harapan Negara.

"Saya yakin penjawat awam Selangor yang makmur juga sangat patriotik. Mereka turut terpanggil untuk bersama dalam usaha murni mengurangkan bebanan hutang negara yang

ditinggalkan oleh pentadbiran lama.

"Maka, atas semangat cintakan tanah air, penjawat awam Selangor terdorong untuk menyumbang sebanyak 10 peratus daripada Bantuan Khas Kewangan kepada Tabung Harapan Malaysia. Namun, sumbangan patriotik ini hanya dikenakan kepada Pegawai Gred 44 dan ke atas," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo