1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.
5.15 PAGI
1. Makan sahur.
2. Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut. 5.30 PAGI
1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2. Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran.
10.00 PAGI
1. Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.
1.00 tengahari
1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu solat dengan berselawat/berzikir.
3. Solat Zohor berjemaah.
4. Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.
4.30 PETANG
1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3. Solat Asar berjemaah.
4. Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran. 5.30 PETANG
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
7.00 PETANG
1. Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat Maghrib berjemaah.
8.00 MALAM
1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2. Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburŲŖŲÆŲØŲ± , seeloknya baca dengan bertadarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.
11.00 MALAM
1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2. Berniatlah untuk puasa esok hari.
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4. Bacalah doa tidur.
5. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Semoga bermanfaat
Tinta Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga
Syed Hassanullah Bin Syed Kuning
02 Ramadhan 1439H
JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan sebahagian hasil yang dijana nege...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment