NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

5 sebab kenapa masa depan gelap kalau Tun M dan PH Berkuasa


PAKATAN Harapan yang diketuai DAP tidak akan berpuas hati selagi gagasan Malaysian Malaysia yang menafikan kedudukan Istimewa agama Islam dan orang Melayu tidak dilaksanakan.

Agenda untuk melaksanakan impian mereka ini menyebabkan DAP sedia berkompromi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan meletakkan calon-calon Melayu untuk dipergunakan sebagai menteri besar negeri sekiranya mereka menang seperti di Perak.

Apa yang telah mereka suarakan selama ini menunjukkan sikap benci mereka terhadap agama Islam, raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa Melayu di negara Malaysia ini.

Malaysia akan dibawa ke satu landasan baharu yang sama sekali berbeza dengan apa yang diusahakan selama ini, menuju kepada satu keadaan tidak stabil dan mungkin juga keadaan kekacauan.

Lima perkara yang telah memastikan keadaan stabil dan hak orang Melayu dan Islam sebagai tunjang kekuatan negara Malaysia ini bakal digugat oleh pakatan pembangkang jika mereka mendapat kuasa memerintah negara ini.

1. Kedudukan Agama Islam

Dokumen-dokumen rasmi mereka telah menunjukkan bahawa kedudukan istimewa agama Islam tidak disenangi oleh Pakatan Harapan dan rakan-rakan mereka.

Bersandarkan fahaman pluralisme agama, mereka mahu menyamaratakan semua agama dan tidak meletakkan Islam sebagai agama negara.

Di Selangor, mereka telah menunjukkan sikap mereka terhadap kedudukan agama Islam apabila mempertikaikan kepentingan umat Islam dan secara terbuka mempamerkan aksi mereka dalam pesta arak untuk mengejek orang Islam yang menentang acara itu.

2. Status Bahasa Melayu

Perlu diakui yang sebahagian besar wakil rakyat parti-parti dalam Pakatan Harapan tidak fasih berbahasa Melayu.

Mereka tidak mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mesti diutamakan tetapi lebih mengutamakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP itu bermakna mereka mahu bahasa lain mendapat status sama dengan bahasa Melayu, kerana mereka berpegang pada kesamarataan.

Kalau mereka berkuasa, bahasa Melayu akan lebih terpinggir kerana mereka sebagai pemimpin sendiri tidak mahir berbahasa Melayu, apatah lagi hendak memartabatkannya.
3. Institusi Islam dan Bumiputera

Umum mengetahui DAP amat suka bercakap dalam bahasa kesat dan kasar mengutuk pemimpin Melayu, institusi agama Islam, dan mana-mana suara yang bercakap bagi pihak Melayu dan Islam.

Mereka melemparkan fitnah terhadap institusi Melayu dan Islam seperti MARA, Tabung Haji, Felda dan sebagainya kerana mahu menjadikannya alasan untuk merombak dan akhirnya meruntuhkan institusi-institusi ini.

Institusi Bumiputera dan Islam ini wujud sebagai melaksanakan kedudukan istimewa Melayu dan agama Islam dalam negara ini menurut perlembagaan.
4. Hubungan Luar Yang Seimbang

Kempen politik fitnah terhadap kerajaan BN turut menyentuh pelaburan asing melibatkan China.

China ialah sebuah negara kuasa ekonomi dunia yang sedang pesat meningkatkan pelaburan termasuk dalam membina infrastruktur di seluruh dunia.

Pelaburan China dikecam hebat oleh pembangkang seolah-olah mereka bercakap bagi pihak Barat yang mahu menyekat aktiviti ekonomi China.

Ini boleh mengundang pihak berkepentingan Barat menunggang mereka untuk terus menolak China, dan menggugat hubungan Malaysia dengan China sedangkan dasar Malaysia ialah bersahabat dengan semua.

5. Hubungan Antara Kaum

Pemimpin PKR juga diketahui cukup kuat mengutuk malah menaburkan fitnah seperti yang dibuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pihak polis.

Ini semua menyuburkan suasana benci-membenci, syak wasangka dan curiga sesama rakyat Malaysia.

Media yang menyokong mereka sentiasa memperbesarkan berita negatif tentang institusi-institusi ini untuk menghakis keyakinan orang Melayu sendiri terhadapnya.

Apa bentuk masa depan yang diharapkan sekiranya golongan ini menerajui kepimpinan negara? 

Jika rakyat sepakat menolak BN yang menyebabkan hidup rakyat sengsara selama ini, dan tidak yakin dengan PH yang diterajui DAP mampu memberikan sinar baru kepada rakyat terbanyak, maka pilihan alternative yang ada ketika ini, PRU ke14 adalah PAS dan gagasan Sejahtera yang menawarkan kerajaan teknokrat bersama membangunkan Malaysia Sejahtera. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo